Sabtu, 2 Mac 2019

NASEHAT





NASEHAT
Astaghfirullahal Aziim Dosa dgn Allah boleh minta ampun atas tikar sejadah, dosa sesama manusia kena mohon maaf kpd empunya diri. Berpolitik boleh tapi jgn sampai tak peduli halal haram. 
on PROJEK KAPIR
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 3/2/19

&qu




--------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TPM kata PH akan kaji mengapa orang Melayu berasa tidak puas hati.
Setelah melihat ada anak-anak Melayu yang menyebut bahawa Tanah Melayu adalah milik orang Melayu dan pelbagai ungkapan yang jelas dikaitkan dengan sentimen perkauman Melayu, aku berasa ada sesuatu yang lebih mendalam daripada soal politik dan ekonomi.
Memang kita mudah beranggapan bahawa mereka ini terpengaruh dengan propaganda UMNO dan PAS. tetapi aku berasa ia lebih mendalam daripada itu. Katakan UMNO dan PAS tidak memainkan sentimen kaum dan agama, perasaan itu tetap ada pada sebahagian besar orang Melayu.
Ia melangkaui soal politik. Kita mudah berasa bahawa mereka ini ikut emosi dan tidak berfikiran ilmiah.
Memang benar, banyak anak-anak muda bersentimen sedemikian adalah kalangan mereka yang berfikiran simple, malah kurang berpelajaran.
Tetapi ia bukan semata-mata kerana mereka tidak berpelajaran.
Selama 60 tahun, kerajaan pimpinan UMNO telah melaksanakan program besar-besaran dalam pendidikan. Pelbagai jenis sekolah dan institusi disediakan untuk orang Melayu. Mereka yang berpelajaran lemah turut didorong supaya juga mendapatkan pendidikan tinggi hinggakan mutu institusi pendidikan tinggi negara dirasakan rendah akibat daripada usaha itu. Sungguhpun terdapat program besar-besar ini, banyak anak anak muda Melayu terus tercicir baik dalam pelajaran mahupun pekerjaan, dengan dibeban masalah sosial, dari soal mat rempit, buang bayi dan penagihan dadah.
Adakah kerana masalah ekonomi? Yang menjerit Melayu Melayu itu antaranya golongan berpendapatan rendah. Berkemungkinan mereka berasa terpinggir dan mati akal untuk hidup berjaya. Sementara yang memperoleh ijazah pula sukar mendapat pekerjaan. Atau umpamanya keadaan di mana seorang jurutera Melayu lulusan ijazah UTM terpaksa bekerja di bawah penyelia jurutera Cina lulusan diploma TARC, dalam sebuah syarikat milik orang Cina tapi dapat tender kerajaan.
Atau bukan saja kerana politik dan ekonomi tetapi masalah psikologi. Orang Melayu berasa gagal. setelah 60 tahun merdeka dan 30 tahun DEB mereka tetap berasa gagal. Dengan tumbangnya BN, yang dianggap kerajaan Melayu turut memberi pukulan kepada mereka. Mereka berasa tidak dapat perlindungan dari PH. Dasar pembersihan dan mengikut peraturan dan beretika, rule of law, tak ada kabel, kabel, semuanya mendatangkan kebimbangan orang Melayu. Mereka kecewa dengan UMNO tetapi tidak optimis pada Bersatu/PKR/Amanah.
Mungkinkah orang Melayu berasa terancam dan tidak yakin untuk hidup tanpa perlindungan, tanpa bantuan, tanpa orang dalam, tanpa korupsi?

Tanpa Nama berkata...

Setuju..maafkan saya TT selalu kutuk TT��

Hakimi Abdul Jabar berkata...

The Facts Are Simple. Winning A Few By-Elections Does Not Absolve Individuals From Criminal Offences They Are Charged With in Criminal Courts Nor Does That Mean They Are Given Acquittals. As a lawyer, I look forward to the determination of those criminal trials & many more!