Isnin, 15 April 2019

PERANGAI BELANDA MINTA TANAH






BELANDA 

MINTA TANAH

1.  'Seperti Belanda Minta Tanah , Dah Bagi Betis Nak Paha Pulak’.

2.  Itulah ragam hampir kesemua mereka yang diangkat sebagai Sultan; malangnya mereka ini hanya mahu mendapat kesenangan TANPA perlu berusaha seperti rakyat biasa; apa yang lazim didengar ialah “ Beta Murka atau Sultan Murka” jika sekiranya permintaan mereka tidak dilayan.

3.  Mereka tak puas - puas meminta itu dan ini seolah - olah  harta yang menggunung yang dikumpulkan boleh melindungi mereka di alam barzakh ( kubur ) dan di akhirat kelak.

4.  Bukan itu sahaja, apabila meninggal, jenazah mereka hanya dikafankan dengan kain berwarna putih sahaja, bukan kain kuning. Segala harta terkumpul tidak dibawa bersama.

5.  Tidak seorang pun termasuk  anggota Askar Timbalan Setia atau Johor Military Force ( JMF ) yang akan menjadi pengawal peribadi ketika di liang lahat nanti.

6.  Tugas utama Mufti Johor dan Dato’ Nooh Gadut, Penasihat Agama Sultan ialah memandu mereka ( Sultan dan keluarga )  ke jalan yang dituntut Allah.

7.  Mereka bertanggungjawab menasihat Sultan BUKAN memibusu sahaja kerana takut hilang jawatan; ulama KENA BERCAKAP BENAR.

8.  Dari dulu hingga sekarang rakyat khasnya rakyat Johor tak putus - putus didendangkan dengan karenah Sultan dan ahli keluarganya.

9.  Dari penipuan hinggalah kezaliman dan pembunuhan - itulah mercu tanda atau ‘trade mark’  Kesultanan Johor.

10.  Peristiwa bagaimana bapa Sultan sekarang, Sultan Mahmood Iskandar mencederakan malah membunuh beberapa orang rakyat sesuka hati masih terbayang dalam ingatan.

11. 10 tahun dahulu Raja Muda yang kini bergelar Tengku Mahkota Johor (TMJ) dengan dibantu oleh beberapa orang pengawal peribadinya daripada JMF telah mencederakan dengan teruk cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

12. Walaupun Tengku Nadzimuddin telah membuat tidak kurang 10 laporan polis tetapi sehingga kini kes itu ditutup begitu saja.

13. Jika Perdana Menteri mahu kes Pastor Raymond Goh dan Amri disiasat semula,  MENGAPA TIDAK kes Tengku Nadzimuddin? APA ISTIMEWANYA TMJ ini sehingga polis ketika itu sanggup melindungi perbuatan keji itu; SIASATAN SEMULA MESTI DILAKUKAN SEGERA.

14. Difahamkan tidak berapa lama dulu beberapa orang termasuk seorang pemain bola telah dipukul oleh TMJ; pun polis tutup mata dan telinga saja.

15. Mungkin Ketua Polis Negeri dan beberapa Ketua Polis Daerah harus ditukar dengan pegawai yang lebih berani dan adil dalam menjalankan tugas - bukan semata-mata menjadi orang suruhan Istana sahaja.

16. RAKYAT MENUNTUT PERLINDUNGAN DAN KEADILAN.
17. Sejak menjelang pilihanraya umum ke 14, kedua-dua anak beranak ini telah mencampuri politik; mereka menyerang Tun Mahathir bertubi-tubi dengan pelbagai tohmahan.

18. Kini sekali lagi mereka khususnya TMJ bersikap kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri yang dipilih rakyat; sepatutnya beliau menunjukkan sifat baik yang boleh dihormati.

19. ‘Burung Gagak Itu, Walaupun Dimandikan Dengan Sekolah Air Mawar Sekali Pun Tidak Akan Menjadi Putih Bulunya’.

20. Begitu juga ‘Seekor Anjing, Meski Dirantai Dengan Emas Pun, Nescaya Berulang-Ulang Juga Ke Tempat Najis’.

21. Pepatah ada menyebut ‘BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA’.
22. Mungkin darah lanun Bugis ( Wallahhualam ) masih mengalir di tubuh mereka yang menampakkan tingkahlaku dan perangai mereka sedemikian itu.

23. Mengikut sejarah ,  sebenarnya Tengku Ibrahim ( apatah lagi  dari kacukan Bugis dan  British ), Sultan sekarang sehingga datuk moyangnya  Sultan Abu Bakar Ibrahim  BUKAN dari keturunan Sultan yang sebenar.

24. Daeng Abdul Rahman seorang keturunan Bugis yang berasal dari Kepuluan Sulawesi, Indonesia yang telah diberi kepercayaan  sebagai Temenggong atau Menteri Keselamatan oleh Sultan ketika itu telah belot terhadap Sultan yang melantiknya.

25. Tindakan beliau mengenepikan Sultan adalah hasil pakatan sulit beliau dengan pihak penjajah British.

26. Selepas meninggal dunia tempat beliau diganti oleh anaknya, Daeng Ibrahim sebagai penjaga Negeri Johor.

27. Daeng Abu Bakar Daeng Ibrahim pula dipilih menduduki jawatan Temenggong menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia.

28. Gelaran Temenggong yang digunapakai mulai 2hb Februari 1862 telah ditukar kepada gelaran Maharaja Johor.

29. Mulai 13hb Februari 1886 atas permintaan Temenggong  Abu Bakar, Ratu Victoria atau Queen Victoria, Great Britian  bersetuju gelaran Maharaja Johor ditukar kepada Sultan Johor.

30. Cuba bayangkan 
bagaimana  seorang pendatang Bugis yang pada mulanya menjadi orang kepercayaan Sultan sebagai Temenggong  akhirnya sanggup menggigit tangan yang menyuap makanan ke mukutnya; dari jawatan Temenggong akhirnya menjadi Sultan.

31. Beliau yang dilahirkan di Teluk Belanga , Singapura telah mendapat pelajaran awal dari sebuah sekolah yang diusahakan oleh British.

32. Gaya hidupnya yang lebih British dari British itu telah menyebabkan  beliau digelar Sir Albert Backer.

33. Perlembagaan Negeri Johor yang dibangga-banggakan oleh Sultan Ibrahim kini sebenarnya adalah Perlembagaan British yang diubah-suai bagi kepentingan Abu Bakar dan keturunannya sehingga sekarang.

34. Oleh kerana masa itu tidak wujud Dewan Negeri bagi membincangkan Perlembagaan tersebut, ditambah pula majoriti rakyat ketika itu adalah nelayan dan petani yang kais pagi makan pagi, maka segala kata Sultan mesti dipatuhi dan dilaksanakan tanpa soal jawab.

35. Bukankah selepas kesemua Sultan termasuk Sultan Johor, yang pada mulanya menentang Kemerdekaan Negara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan, Perlembagaan dan Undang Persekutuan MENGATASI  segala undang - undang tubuh negeri?

36. Bagi menjaga kepentingan keluarga, beliau telah mengisytiharkan keturunan darah daging beliau akan terus menjadi Sultan Negeri Johor sehinggalah selagi ada bulan dan matahari.

37. Sir Albert Backer atau Sir Abu Bakar Daeng Ibrahim yang meninggal di kota London pada 4hb Jun 1895 hanya dikebumikan di Makam Di Raja Johor  3 bulan kemudian iaitu pada 7hb September dalam tahun yang sama - terserahlah kepada alim ulama khasnya Mufti memberi ulasan atau penjelasan  berhubung kelewatan mengkebumikan jenazah orang Islam itu.

38. Difahamkan keluarga  SEBENAR KETURUNAN   Sultan Johor masih berada tetapi atas sebab - sebab tertentu pihak media khususnya TIDAK DIBENARKAN menceritakan  perkara yang sebenar.

39. Terserahlah sama ada Sultan yang sekarang ini yang BUKAN dari darah Raja mahu mengundurkan diri atau sebaliknya, rakyat Johor boleh membuat keputusan memulihkan Sultan sebenar.

40. Hanya melalui pungutan suara atau referendum di kalangan rakyat Johor yang berhak membuat penentuan sama ada mahu berajakan seorang keturunan Bugis yang belot terhadap Sultan  atau mahukab seorang Sultan yang dari keturunan Raja yang sebenar.

41. Sultan dan keluarganya adalah TERTAKLUK  kepada Perlembagaan dan undang - undang Negara.

42. Bak kata Tun Mahathir, Perdana Menteri, sesiapa yang melakukan kesalahan termasuk mereka yang berada di istana pasti akan ditangkap dan dihukum.

43. Dengan amaran Perdana Menteri itu khusus kepada mereka yang terlalu celupar dan biadap, rakyat Johor TIDAK perlu takut mengeluarkan pandangan mereka terhadap Sultan yang BUKAN  BERDARAH  RAJA itu.

44. TANPA  RAKYAT  MAKA  TIDAK  ADA  RAJA.

45. Pedulikan mereka yang menjadi tali barut; mereka ini akan mengutuk, menakut-nakutkan rakyat yang dahagakan kebenaran.

46. Semoga Ibrahim dan anaknya  Ismail  mengambil tindakan mahkamah terhadap saya diatas tulisan ini, namun saya yakin 'Anak  Kambing Tidak Akan Jadi Anak Harimau’.

Tamrin Ghaffar
'Terima Kasih.





----------------

13 ulasan:

Unknown berkata...

Ya inilah tulisan yg kami tunggu2 diabad ini.....

yusoferman berkata...

palabutoh.

kalian pernah dengar horse race? rat race? human race? almarhum bob marley dah sebut dalam lirik nya.

blah la tamrin, nak pertikau keturunan temenggung ka apa ka, semua sultan asalnya bukan lahir dari spesies sultan. semua pun manusia seperti temenggung, semua pun dari pembunuh dan semua pun manusia biasa. p lantak la pasal keturunan. semuanya diangkat darejat. sir abu bakar pun diangkat, semua pun diangkat. ni tiba2 pas madey naik merintah, tetiba muncol sepasukan team elit yg bantai ekonomi, bantai media, bantai semua yg semua pun lidah askar madey. generasi baru mana kenal tamrin, mana kenal kadir jasin, mana kenal rafidah mana kenal daim, semua kenal lepas era madey 2.0. nak cerita bantai pasal sultan ni, uncleseekers dulu dah bantai telanjang bogel waktu era blog jadi mainstream. ang kat mana? ang nak tibai salahlaku, tapi yg ang bekap tu takdak salahlaku mainstream yg semua org tahu ka? ang nampakkkk biassssssssssss

ini semua kepentingan peribadi. PERIBADI!!!! masing2 nak jaga bontot taknak disontot dan nafsu yang laparrrrrrrrrkelaparannnnnnn!!!!

status rom menyebab raja sultan terbongeng. tak boleh veto dan demi menyelamatkan bontot, dikerah kesetiaan rakyat demi panji negeri dan agama bangsa. kebetulan sense of belonging rakyat johor amat tinggi. begitu juga madey, kalau dia boleh angkat vincent tan, robert kuok ananda antara orang terkaya malaysia, dia siapa? dia boleh tebalikkan papan chess maaa!!!

hey babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang kayaaaaaa berharta dan yang diangkat darejat istimewaaaaaaaaaaa!!!!!
sadarlahhhhhh wahai babiiiiiiiiiii
sadarlahhhhhhhhhh kelebihan yang kalian adaaaa ialah untuk melengkapiiiiiiiiiiiii yang kurangggggg!!!!!!!!
barulah simiskin si tertindas tidak terjun bangunan tidak menangis menyalahi tuhannnnnnn kerana dia tahuuu yang di atas akan turunnnn mencariiiiiiii di atas padang yang tak rataaaaaa!!!!!!!
kalian ingat kisah sahabat mencari hampir tiada fakir di zaman itu suatu dongeng??
heyyyyy babiiiiiiiii, segeralah bertukar menjadiiiiiii manusiaaaaa agar kita sejahtera seperti di rimba suntiiiiii



panglimo potaseh berkata...

Ari tu gwa tergelak katak bila tgk pengawal Raja Johor lari2 utk bersedia bila Raja mereka nak balik. Ramainye pengawal mcm tak masuk akal. Gwa tak boleh bayangkan bagaimana pengawal mengusha angin, bila Raja Johor terkentot.

Annoy berkata...

...KISAH NYA....
... BARU TAHU...
setaraf ke dengan RAJAGOPAL atau RAJAKUMARI ke... atau si ULAM RAJA ke.. saja nak tahu.

Cahaya kebaikan berkata...

Rasanya ade satu negeri lg yg rajanya bukan yg sebenar berhak

Tanpa Nama berkata...

inilah tukang hasut yg sebenar. jgn jadi mcm tt, provoke sikit2 jer tapi bila polis panggil nak siasat, dia cakap blog kena hack kahkahkah.. tahniah tamrin, walau pun aku tak tau fakta tu betul atau salah tapi tamrin mmg berani.

Tanpa Nama berkata...

namun saya yakin Anak Kambing Tidak Akan Jadi Anak Harimau.

KAH KAH KAH KAHKAHKAH

Tanpa Nama berkata...

Apa beza memberi sesajian pada patung,
memberi sesajian pada makhluk halus
dan memberi sesajian (upti) pada manusia dan kerabatnya?

Harap mufti2 beri penjelasan pada umat islam.

Adios muchachos
Yeehaaa

Syed Alwi Aljufri berkata...

Syabas wahai anak Tun Ghaffar

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni ko lantik la sultan Lks dan putera mahkotanya Lge.

Tanpa Nama berkata...

TUAN TT What is the bekoz "anak kambing nak jadi anak harimau".AL TAMRIN sudah menghulur lehernya tunggu apa lagi sembelih lah.

Tanpa Nama berkata...

pada gua, gua tak perlu tunggu tulisan anak ghafar baba ini..sejarah kesultanan johor mmg sudah diketahui malah diendorse sendiri sejarah itu oleh baginda sultan yg melakukan upacara mandi adat sultan walaupun baginda bukan sultan sebenar..bila tamrin kata bugis itu pendatang maka isham rais dan profesor2 sejarah wajib bangkang sb bugis itu bukan pendatang malah lahir dialam melayu nusantara walaupun makassar itu jauh dari pulau jawa..sultan johor adalah sultan dikesang, dibuang kerana kalah dgn turunan temengong yg rajin jd balaci kutip cukai laut utk british dan org bugis itu org2 gasar org laut bukan keje urut atau keje2 kraftangan..turunan temenongung belajar di sekolah kristus dan mufti..pendek kata, bila nak jadi negara johor, kata dah merdeka terlebih dulu dari tanah melayu? kalo dah ada askar sendiri ngapa perlu askar tanah melayu..dan lebih dungu, bangsa2 johor sendiri sgt takut utk bersuara termasuk anwar ibrahim bakal perdana menteri malaysia..tmj pukul org, sb tu takut status rom..kemudian kepala bana apa yg org2 melayu dan raja2 melayu juga takut dgn status rom..keluar dari malaysia kalo berani sgt bangsa johor ni..pundek..

Tanpa Nama berkata...

keluarga lanun tu kacau daun....bagi yg suka sgt dgn semangat melayu dan benci malayan union...aku beri satu link yangaamat manggagumkan aku hehehehehe

http://malaysiacrisis.blogspot.com/2012/08/istana-johor-sebenarnya-menolak.html