MERAKAM SEJARAH - SETAHUN KEMUDIAN
Saya menggarap tulisan ini pada 13 Mei 2019. Satu tahun dahulu pada hari yang sama saya sedang tersenyum puas sambil menepok dada sendiri. Saya tersenyum puas dan berterima kaseh pada diri saya sendiri yang telah berjaya bersama anak semua bangsa menjatuhkan United Malays National Organisation. Kepuasan hati saya mustahil untuk digambarkan.
Dalam filem Trainspotting ada dailok dari watak utama Mark Renton tentang nikmat dadah. Renton berkata ‘… kau ambil nikmat pancutan berahi kamu yang terbaik .. kalikan dengan seribu kali …nikmat dadah masih mengatasi…’
Aduh! Untuk saya nikmat kemenangan 9 Mei 2018 mengatasi semua pancutan berahi dan semua sedutan dadah. Nikmat kepuasan ini adalah kejayaan anak semua bangsa dan bangsa semua agama mengagalkan Najib dari memusnah dan menggadaikan negara ini. Gumbira puas ini tidak ada tolok bandingnya. Ianya adalah kepuasan yang akan dibawa ke akhir zaman. Amin.
Apabila gerombolan United Malays National Organisation bungkam maka saya mewajibkan diri untuk terus tersenyum puas. Senyuman dan kegumbiraan ini adalah senyuman berisi dan berasas.
Saya bukan sahaja mahu melihat apa yang saya lakukan menang dan berjaya. Saya juga mahu melihat musuh yang saya lawan kalah jatuh tersembab dan lumpuh. Saperti adat istiadat Raja Melaka di zaman dahulu – semua anak menantu dan cucu cicit musuh akan dimusnahkan. Rumah akan diruntuhkan dan tapak rumah akan dihumbankan ke laut. Ini untuk memastikan musuh tidak mungkin muncul kembali.
Malah Amerika juga telah mengimpot tradisi budaya Raja Melaka. Musuh utama Amerika pada kurun inilah ialah Al-Qeada. Pemimpin agong Al-Qeada ialah Ustad Usama Ben Laden yang telah berjaya dibunuh mati oleh soldadu Amerika pada 2 Mei 2011 di Abbottabad Pakistan. Dengan penuh rahsia mayat Usama tidak ditanamkan tetapi telah dihumbankan ke dalam laut.
Justeru, senyuman saya ini berasas. Senyuman saya dipanjangkan hingga ke akhir zaman apabila jaringan risikan tidak resmi saya melaporkan bagaimana satu kumpulan pemuda gerombolan ketuanan Melayu telah berkumpul menangis , meraung dan bersedih kerana hilang kuasa pada 9 Mei 2018.
Saya difahamkan pada 9 Mei 2018 gerombolan pemuda ini telah menyewa sebuah kondo untuk menanti keputusan PRU14. Akhirnya mereka tidak pulang ke rumah berhari hari. Kesedihan dan tangisan mereka telah ditemani oleh penasehat mereka bernama Mister Jack Daniel dari Amerika. Jack Daniel ini telah menjadi penasehat baru mengantikan Paul Stadlen dari United Kingdom.
Kita semua tahu Mister Paul Stadlen penasehat setia Najib telah cabut lari pada subuh 10 Mei 2018. Ajensi berita Reuter yang lebih awal telah membuat temujanji dengan Paul. Ajensi berita ini mahu mendengar komen si Paul tentang Najib dan PRU14. Tetapi Reuter telah gagal menemui sosok ini. Paul Stadlen adalah penaseht setia Najib dari syarikat Zionis APCO. Hari ini Paul Stadlen masih dicari oleh pihak PDRM.
Saya juga difahamkan seorang teman golf Najib telah juga cabut lari. Si Polan yang bertaraf Tan Sri lari apabila United Malays National Organisation diumumkan kalah. Nasib baik Mamat ini ada anak di Australia. Maka disebarkan berita dikalangan tetangga yang Si Mamat ini bukan hilang cabut lari kerana Najb kalah tetapi hilang melawat anak diluar negara.
Saya juga mendapat berita bagaimana anak gadis kepada bekas saorang Menteri Besar ( yang saya enggan sebutkan dari negeri mana) telah diberhentikan kerja betul-betul pada pagi 11 Mei 2018 oleh Syarikat Cukong. Anak Menteri Besar ini diambil bekerja dalam syarikat Cukong bukan kerana ada kebolehan atau kelulusan tetapi sebagai alat yang sering digunakan oleh Cukong untuk mendapat kontrek.
Saya juga mendapat surah saheh tentang seorang bekas Menteri yang enggan pulang ke Kawasan. Bekas Menteri ini masih lagi menjadi Ketua Bahagian. Dia amat takut pulang ke Kawasan.Takut kalau kalau ada cadangan dari ahli parti untuk membuat program di Bahagian. Semasa menjadi Menteri dana boleh didatangi dari pelbagai sumber termasuk dari GLC. Kali ini ‘lubang masyook’ Menteri telah terkambus. Para cukong pun telah melarikan diri.
Jika tidak yakin tentang surah surah ini sila fikirkan kenapa agaknya Khairy Jamaluddin bekas pemimpin Pemuda United Malays National Organisation tetiba memasang janggut dan jambang. Janggut dan jambang ini adalah tanda kekecewaan yang amat sangat. Janggut dan jambang dipasang dalam usaha untuk mewujudkan imej baru. Atau mungkin janggut dan jambang ini tumbuh hasil dari menerima dan meminum cadangan penasehat baru – Mister Jack Daniel.
Semua ini adalah surah yang sempat saya dengar dan saya pungut dari sana sini. Apa yang saheh ialah bagaimana satu dunia telah tahu bagaimana Peter Sondakh – Mat Indon - kawan niaga Najib telah menghantar jet pribadinya ke lapangan terbang Subang pada 11 Mei 2018. Jet dihantar dari Jakarta dalam usaha untuk melarikan Najib dan Rosmah dari Malaysia.
Projek ‘ selamatkan Najib’ ini telah digagalkan apabila semua pintu masuk ke lapangan terbang Subang telah dikawal rapi oleh kumpulan anak-anak muda penyokong Pakatan Harapan. Amin.
Bayangkan Datuk , Datuk Seri atau Tan Seri yang berbini lebih dari satu atau ada awek atau jambu simpanan tetiba putus saluran dana. Saya mendengar surah saheh dari teman golf Tun Musa Hitam tentang kesah isteri ketiga dari seorang YB. Sang suami telah hilang kerusi YB di Johor. Sang isteri yang buta politik telah meroyan.
‘ Dulu tiap bulan ada 20 ribu atas meja …. Sekarang muka pun jarang Nampak…’ Kah kah kah.
Saya wajib sedar bahawa saya tidak tahu tentang pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan, dalam tentera, dalam PDRM yang tetiba perniagaan dan saluran ‘masyook’ mereka terkambus. Kita juga tidak tahu bagaimana peniaga dan para cukong yang selama ini menjadi saluran dana United Malays National Organisation merasa takut dan cuak.
Jangan lupa babak Mamat bernama Lim Kok Weng yang gelabah takut telah datang menyembah Mahathir tanpa dijemput. Ini bukan cerita penglipur lara dari Hishamuddin Rais. Ini dari petikan tulisan Marina Mahathir anak Mahathir sendiri. Tulisan si Marina ini menyebabkan cukong Lim Kok Weng memadamkan status dirinya dari FB dan Twitter. Maka dunia kehilangan nikmat untuk melihat wajah dan feshen rambut Lim Kok Weng yang tersohor itu. Kah kah kah.
Saya akan jadi ‘pembongngak’ jika saya katakan bahawa saya tidak gumbira melihat Najib dan Rosmah ditangkap. Saya amat yakin 29 juta 999,999 anak semua bangsa warga Malaysia gumbira tersenyum melihat dua pencuri ( isilah Mahathir) di tangkap. Hanya Lokman Adam seorang sahaja yang merasa kecewa melihat Najib ke mahkamah.
Dalam kegumbiran ini saya juga terperanjat apabila terbaca hampir 1 bilion ringgit duit dan barangan yang telah di rampas dari rumah Najib dan Rosmah.
Jika Pakatan tidak menang pada 9 Mei 2018 – sampai kiamat pun rakyat Malaysia tidak dapat tahu berapa jumlah nilai harta curi yang telah dikumpulkan oleh Najib dan Rosmah. Malah anak semua bangsa juga tidak akan mengetahui bahawa Najib dan Rosmah juga memiliki 7 buah kondo di Pavillion.
Tetiba ketika rampasan di Pavillion ini dilakukan oleh PDRM muncul satu babak komidi selingan. Towkay Pavillion saorang cukong bernama Tan Sri Desmond Lim Siew Choong diberitakan telah cabut lari. Cukong ini mungkin takut kerana akan terbongkar kesah kesah gelap Sang Cukong merasuah pemimpin Melayu Islam dari parti United Malays National Organisation. Hidup Melayu!
Kenapa cukong ini lari jika dia tidak pernah membuat kerja jahat. Kalau tak salah tak perlu lari. Justeru saya rumuskan bahawa peranan Tan Sri Desmond Lim ini samalah saperti peranan yang dimainkan oleh Budak Tembam bernama Jho Low. Dua-dua telah memperkudakan pemimpin Melayu Islam bernama Najib.
Pelik tetapi benar. Pada hari rampasan harta Najib dan Rosmah dibuat - Utusan Melayu – akhbar milik United Malays National Organisation - tidak pula membuat tajuk berita muka depan akhbar – Apa Lagi Cina Mau?
Komidi selingan ini bertambah lawak apabila saya ternampak gambar polis Bengali berjanggut dan berserban mengepalai rampasan harta curi ini. Bengali ini bernama Amar Sigh. Beliau ini adalah Pengarah CCID Bukit Aman. Jelas kepada saya ini jenis Abang Bengali baik. Maka terbuktilah – masih ada warga yang baik dan jujur. Ini juga buktinya : Oh Malaysia-ku – negara berbilang bangsa.
Jangan terperanjat apabila Abang Bengali mengumumkan kepada media apa yang telah berjaya dirampas. Laporan pertama menunjukkan sajumlah 680 juta ringgit nilai barangan telah dirampas . Ini termasuk ratusan beg tangan mewah, jam tangan dan berkilo-kilo intan berlian.
Laporan kedua dari Abang Bengali mengesahkan bagimana Najib dan Rosmah memiliki 29 akaoun bank. Juga telah dirampas 27 biji kereta mewah.
Pada bulan Jun 2018 – Bengali baik Amar Singh telah membuat kenyataan bahawa semua jumlah harta dan wang tunai yang dirampas dari Najib dan Rosmah berjumlah antara 900juta ke 1.1 bilion ringgit. Wow! Ini betul betul perserikatan lanun Bugis dengan lanun Minang. Maka kita tidak hairan jika nilai ringgit dan ekonomi jadi kucar kacir.
Hakikatnya - setahun sesudah 9 Mei - anak semua bangsa - bangsa semua agama - sedang merayakan Malaysia Baru. Ini negara baru kita. Ini kerjaaan baru kita.
Tetapi dalam senyuman ini saya juga ada kesedihan. Ada juga kegusaran. Ada juga yang saya rasa akan membuatkan hati saya tidak tersenyum. Apa pekara-pekara itu. Tunggu minggu hadapan. (TT)
Tulisan ini juga disiarkan
dalam SUARA KEADILAN.
Sesiapa yang ini melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
013-361-93-54
--------------------
6 ulasan:
Tulisan ini umpama mercun katak pep pep pep onk to be continue pep pep pep onk lagi to be continue belongs to panglimo potiseh melorui justeru
2minggu sebelum bulan puasa, fomca ada mengeluarkan laporan diberita hairan mengenai keuntungan 113persen tokey2 yg mengaut keuntungan ketika bulan ramadan..laporan menyebut menteri tahu mengenai siapa dan apa kartel2 tersebut..dan kita ada menteri Ph dari parti keadilan yg menyokong rakyat miskin luar kota..agaknya,kartel2 ini masih kuat dan utuh sperti dahulu kala? atau mentri keadilan juga lembik tiada pengalaman? jd apakah bakal perdana meteri juga tidak dpt membantu menteri2 ph yg tiada pengalaman..berkempen di rantau tp kalah,azmin berkempen di sabah,menang prk..
Amar Singh bukan benggali tapi punjabi.
Benggali = bangla
Kuat kencing ...kereta mewah wak lu...kan Van je pn...lu style dulu zaman RTM tv 1 tv 2...ni zaman da berubah TT org nk fakta jelas bukan kencing keatas jatuh ke kepala...agenda nasional gagalis peliwat kasi angkat mahafiraun lu support telo
apa sangat la pancutan nikmat kau tu tt? kau mengundi pun tidak.. lebong jer lebih.
aku tahu kau risau bila rosmah masuk sel kau rindu dia. lagi satu kau risau sbb kau nk sokong anwar atau tidak. kau pun tahu politik dunia ketiga malaysia ni penuh dgn tipu daya.....eh sebijik cam drama lah pulak tulisan kau ni....ada iklan hehehehe
Catat Ulasan