Khamis, 23 Mei 2019

PENJUAL AGAMA BERGADUH








MAFIA GADUH

REBUT KAWASAN

JUAL DADAH

PENJUAL AGAMA

GADUH PASAL

REBUT 

KAWASAN

PENGARUH
Mohon maaf saja 

tak memadai,

kata Pemuda PAS
PEMUDA parti PAS masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf Mohd Asri Zainul Abidin berhubung gambar anggota partinya yang dikaitkan dengan kes kebakaran kereta mufti Perlis itu.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadli Shaari dilaporkan berkata Asri perlu mengambil tindakan ke atas pengendali Facebook yang menyiarkan gambar berkenaan.

Beliau juga menuntut agar identiti pengendali laman Facebook mufti Perlis itu didedahkan dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu tersebut.

“Dalam kes ini, tiga anggota Jabatan Amal Malaysia ditahan untuk diambil keterangan dan ia dimuat naik di Facebook Mufti Perlis itu seolah-olah anggota berkenaan sudah didapati bersalah.

“Ini perbuatan melampau terutama Asri mempunyai kedudukan dan sangat tidak sesuai. Sebab itu, permohonan maaf yang dibuatnya tidak mencukupi,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Gambar berkenaan dipadamkan dan Asri juga memohon maaf atas penyiaran gambar yang turut memaparkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Asri semalam berkata beliau percaya Hadi tidak mungkin memberi arahan jahat untuk membakar keretanya.

Unit Amal PAS juga semalam mengesahkan anggotanya ditahan oleh polis semalam dan akan direman selama empat hari bagi siasatan kes membakar kereta yang berlaku pada 22 Mac.

Ketua Unit Amal, Mohd Nazree Mohd Aris bagaimanapun menafikan anggota yang gambarnya disiarkan di laman Facebook milik Asri itu terlibat dengan kes tersebut.

Polis juga menahan seorang penganggur pada awal pagi Sabtu lalu di Arau yang dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu mengaku diupah oleh seorang individu untuk membakar kereta mufti Perlis bersama seorang lagi individu dikenali dengan nama Mie Tomoi yang masih bebas, kata polis. – 23 Mei, 2019.


BISNES 

JUAL AGAMA

AMAT LUMAYAN

TAK CAYA TANYA

JAMIL KHIR

KAH KAH KAH


------------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Mentality org Arab. Lama kelamaan jadi mental.

Awanama berkata...

rilek brader..bila pas bergadoh dgn dr asri, kita jgn halang..kita curahkan lagi minyak..insyaallah akan datang berbondong2 murtabak perpaduan..samada dtg naik audi atau naik porshce..kes kebakaran keta mufti ni pelik lg melucukan..pada yg ikut berita, awal wahidnya dr asri kata ada org bakar keta dia, kemudian pak polis kata tiada unsur kianat..kini dgn tiba2 polis dtg dgn kenyataan ada unsur kianat..mana nak dipercayai??diperlis yg kecil ini, ada agamawan anti mufti sb mufti masukkan org2 nya dimasjid2 dan disurau2..maklum la projek naik taraf jamban masjid, jual karpet, jual corong2 dan dan dan adalah bisnes lumayan..cuba lu org cari mana dr zamihan hilang? mungkin lepas ni zahiman nak tibai dr asri..raya nnt bole hulur salam murtabak perpaduan..