Ahad, 23 Jun 2019

LACHAU YA AMPOOON








YA AMPOON



ANTARA  HELANG  DAN  PIPIT

Tamrin Ghafar

Jumaat - 21/06/19
( 1  -  38 )

1.  Atas  sebab - sebab tertentu saya mengambil keputusan menangguhkan panghantaran/  posting artikel ini yang sepatutnya dilakukan 10 hari yang lepas.

2.  Sebenarnya selepas acap kali menegur dengan harapan beliau faham dan insaf namun ia tak ubah seperti  'Menyiram Air Di Daun Keladi'.

3.  Mungkin  dia tidak membaca teguran2  itu,  atau mungkin juga di  baca,  tapi oleh kerana tidak mampu memahami nya , maka tidak berguna lah  teguran2  tersebut.

4.  Sebenarnya kelakuan buruk beliau bukan sahaja merosakan imej sendiri tapi yang lebih penting, jika  gagal dibendung ianya boleh menambah kebencian  rakyat terhadap Institusi Raja itu sendiri.

5.  'Sebab Nila Setitik, Rosak  Susu Sebelanga'. ‘Sebab Seekor Kerbau Membawa Lumpur, Semuanya Terpalit Kotor’.

6.  Di zaman moden ini dan selepas 61 tahun Merdeka , pemikiran rakyat sudah jauh berubah.

7.  Sultan dan Keluarga TIDAK boleh lagi menggangap Negara dan Negeri ini adalah hak mutlak mereka, justeru mereka  boleh  buat apa sahaja mengikut nafsu sendiri.

8.  TANPA  RAKYAT  MAKA  TIDAK  AKAN  WUJUD  SULTAN.

9.  Mengatakan seseorang Sultan itu  'berdaulat'  sebenarnya adalah perkara yang sengaja diada-adakan oleh juak atau pengampu - pengampu Istana dengan harapan rakyat takut kepada Sultan, justeru mereka akan terus akur dengan apa saja  yang diperintahkan.

10.  Hentikan perbuatan syirik seperti pemujaan dan pemeliharaan jin.

11.   Apa salahnya  merendahkan diri  terutama sekali kepada rakyat bawahan, bukan bersikap sombong dan bongkak seperti yang dilakukan oleh anak Sultan sekarang.

12.  'Ular Tidak Akan Hilang Bisanya Walaupun  Menyusur Di Akar'.

13.  Komen beliau melalui Twitter terhadap seorang Menteri Pusat berhubung pakaian seluar berwarna hitam, bersamping, berbaju Melayu Teluk Belanga dan bersongkok telah mengundang beribu kritikan.

14.  Apalah nak dimegahkan sangat oleh Sultan dan anak-anaknya dengan pakaian seumpama itu.

15.  Apa yang dikatakan pakaian 'rasmi' keluarga diRaja Johor sehingga rakyat lain tidak boleh mengenakannya sebenarnya telah digunapakai oleh petugas dan pelayan di Istana Kedah lama sebelum Johor lagi.

16.  Di kalangan masyarakat Tionghua, seluar berwarna hitam dipakai semasa menghadiri upacara kematian saja.

17.  Rakyat Johor khasnya, pasti merasa hairan mengapa Sultan dan keluarga terlalu berbangga dan mendewa-dewakan pakaian ala barat, tidak seperti Sultan-Sultan  yang lain yang berbangga dengan pakaian lengkap tradisi Melayu.

18.  Lihat saja pada  pakaian ala barat mereka semasa upacara pertabalan dan menghadiri upacara perlantikan Yang Di Pertuan Agong baru - baru ini.

19.  Tidak susah  dan tidak ada  masalah pun jika Sultan Johor dan keluarga menukar tradisi pakaian Di Raja yang asing  itu kepada  tradisi Melayu. Bak kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

20.  Apakah menjadi kesalahan jika rakyat  mengenakan pakaian serupa itu; undang - undang mana yang digunakan untuk tidak boleh berpakaian begitu?

21.  Kebodohan, kebiadapan  dan  keangkuhan budak ini lebih menyerlah lagi apabila memandang rendah, memperkecil dan membezakan diri mereka dengan rakyat biasa.

22.  Tidak pernah mana-mana Sultan atau anak-anak mereka sanggup menghina rakyatnya.

23.  Menggunakan istilah atau anologi  'Antara Helang dan Pipit' dengan sendirinya mewujudkan sistem kasta dalam masyarakat.

24.  JANGAN  ULANGI  KEZALIMAN  SULTAN  MAHMOOD  MANGKAT  DI JULANG  dan JANGAN  ULANGI   KEZALIMAN  DATUK BELIAU, SULTAN MAHMOOD  ISKANDAR  sehingga Perlembagaan Negara TERPAKSA dipinda.

25.  Sultan Johor sekarang adalah keturunan seorang rakyat biasa yang menggulingkan Sultan setelah diberi kepercayaan sebagai Temenggong atau kini bersamaan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

26.   Temenggong Daeng Abdul Rahman setelah menggulingkan Sultan Husain dan setelah meninggal, kini giliran anak keduanya  pula bernama Daeng Ibrahim ( Daeng Kecil ) merampas kuasa dari abang kandungnya se diri, Temenggong Abdullah.

27.  Setelah Daeng Ibrahim meninggal dunia, anaknya pula bernama Abu Bakar diangkat sebagai Temenggong yang baru.

28.  Bermula dari Abu Bakarlah ( yang juga di beri gelaran oleh British , Sir Albert Backer ) menukar gelaran dari Temenggong kepada Maharaja Johor dan akhirnya kepada Sultan Johor.

29.  Selepas Abu Bakar meninggal anaknya Ibrahim ( nama yang sama dengan datuknya )  diangkat sebagai Sultan sehinggalah ke hari ini.
30.  Dari gambaran yang diberi ia jelas menunjukkan Sultan Johor hari ini dan penggantinya  Ismail,  BUKAN  dari keturunan Raja sebenar tetapi mereka adalah hasil 2 kali rampasan kuasa :

i. RAMPASAN KUASA pertama - Apabila Temenggong Daeng Abdul Rahman dengan bantuan British menggulingkan Sultan Husain yang melantik beliau sebagai Temenggong.

ii. RAMPASAN KUASA kedua -  Apabila  Temenggong Abdullah digulingkan oleh adik kandungnya sendiri bernama Ibrahim.

31.  Terserahlah kepada rakyat Johor khasnya Menteri Besar dan Wakil-Wakil Rakyatnya sama ada mahu meneruskan TRADISI menyembah dan mencium tangan mereka yang kedudukannya menjadi tanda tanya.

32. Undang-undang apa yang boleh digunakan oleh pihak Istana jika sekiranya rakyat membuat keputusan  memberhentikan TRADISI tersebut.

33. Bukankah Sultan ini dan anaknya ‘bermati-matian’ meminta rakyat MENOLAK Pakatan Harapan bagi menentukan UMNO/BN terus berkuasa di Johor Pilihanraya Umum yang lepas?

34. Belajarlah menghormati diri sendiri jika mahu umum menghormati kita.

35. Sebaik-baik amalan ialah  seperti  'Rasmi Padi, Lagi Berisi Lagi Merendah  Diri’, Bukan Seperti Lalang, ‘Terus Menegak Walaupun Kosong' ;  yang akhirnya TERPAKSA ditebas juga.

36. Bak  kata Mufti Perlis "Sikap Sombong dan Bongkak Pasti  Akan Membawa
Kepada Kekufuran .  Ia  Adalah  Pakaian Iblis dan Firaun”.

37. Semoga Sultan dan anaknya itu membaca dan memahami pandangan ini.

38. Saya bersedia menghadapi mereka di muka pengadilan - Mahkamah.

Terima Kasih.



--------

3 ulasan:

Awanama berkata...

kahkahkah heboh2 dan bangga dgn pakaian keturunan raja di johor rupa2nya keturunan raja johor ciplak pakaian pelayan istana kedah! kahkahkah rupa2nya helang selatan bodo mcm kerandut buah pelir!

Arymanchino berkata...

Rajo Tamrim.Helang makan bangkai,anak ayam pun d curi.Elok pipit lg suara pun merdu.Tabik Tun sbb xmain dgn budak bodoh dan otak oku..Khalass..

Awanama berkata...

Bukan semua Raja begitu.
Kawan aku juga Raja, siap aku boleh pegang kepada dan menyepak beliau, namanya RajaGopal a/l Balakrishnan.