Jumaat, 21 Jun 2019

LU TAKUT APA BOSS KU






INI LATIPAH

BUAT KERJA 

LU TAKUT APA

BOSS KU

KALAU TAK KENAL

TOWKAY JUDI

TOWKAY LENDIR

LU TAKUT APA

SPRM tuntut RM270 juta daripada penerima duit 1MDB

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula RM270 juta yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada 41 individu, pertubuhan dan syarikat, kata ketuanya Latheefa Koya.

Ketua pesuruhjaya SPRM hari ini berkata, wang itu adalah daripada akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak.

“Wang itu diagihkan daripada akaun di sebuah bank tempatan di bawah nama Najib Razak dan dana 1MDB,” katanya kepada pemberita pagi ini di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Tindakan lucut hak itu melibatkan 41 responden, difailkan SPRM di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata Latheefa.

“Umno adalah penerima terbesar aktiviti pengubahan wang haram ini iaitu berjumlah RM212 juta,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan SPRM membekukan akaun bank beberapa badan dan individu selepas siasatan ke atas 1MDB dibuka semula susulan peralihan kerajaan di Putrajaya. Antara akaun yang dibekukan termasuk milik Umno.

SPRM menyenaraikan enam badan perhubungan Umno negeri iaitu Kelantan, Selangor, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah, serta dua Umno bahagian iaitu Pekan dan Johor Bahru. Ia turut menyenaraikan Umno sebagai penerima wang tersebut, selain badan latihan sayap pemudanya iaitu Akademi Pemuda.

Tiga bekas komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) turut tersenarai, selain Wanita MCA dan MCA Pahang.

SPRM juga menuntut wang daripada beberapa yayasan iaitu Yayasan Permata Malaysia, Yayasan Tun Hussein Onn, dan Yayasan Bekas Anggota KEMAS Malaysia.

Beberapa badan masyarakat turut terlibat iaitu Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Yayasan Pendidikan Transformasi dan Yayasan Rahah.

SPRM turut menyenaraikan beberapa syarikat antaranya agensi pengurusan majlis Binsabi Sdn Bhd, syarikat pelancongan termasuk umrah dan haji Rayhar Travels Sdn Bhd, dua syarikat media IPD Mediabrands Sdn Bhd dan Media Edge CIA Sdn BHd, serta syarikat tekstil Jakel Trading Sdn Bhd, Habib Jewels Sdn Bhd dan Naza Quest Auto Sdn Bhd.

SPRM juga menuntut duit 1MDB daripada beberapa individu antara ahli perniagaan dari Sarawak Bustari Yusuf, bekas menteri kabinet Kasitah Gaddam dan Hasan Malek, dan pengarah badan pemikir Centre for Strategic Engagement (Cense) Rita Sim Sai Hoon.

SPRM juga menyenaraikan nama bekas Ahli Parlimen Paya Besar Abdul Manan Ismail yang meninggal dunia pada 12 Februari 2018.

Beberapa pemimpin Umno Pahang turut disenaraikan iaitu Ibrahim Awang Ismail dan Ismail Abd Muttalib.

Menurut Latheefa, dua daripada individu yang tersenarai sebagai responden sudah memulangkan RM2 juta wang yang mereka terima.

Beliau juga mengalu-alukan pihak lain yang terlibat untuk mengembalikan wang itu secara sukarela dan tidak akan berdepan tindakan undang-undang.

Latheefa menjelaskan sejak siasatan semula skandal 1MDB, SPRM sudah mengambil langkah mendapatkan semula wang syarikat pelaburan negara itu termasuk RM919 juta wang dan aset yang diperolehi hasil kerjasama Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).

Semua kes melibatkan 41 individu, syarikat, pertubuhan dan yayasan ini ditetapkan oleh mahkamah untuk pengurusan pada 25 Jun serta 10, 24, dan 31 Julai. – 21 Jun, 2019.

ANAK MUDA

KATA INI MACAM

KAK LAT 

BUAT KERJA

DE BEST
KAH KAH KAH


-------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jamaluddin Jarjis yang tahu banyak cerita dan sempat baham dedak bilion-bilion RM, sudah kasi mati. Kalau boleh minta Lat korek balik.