Jumaat, 12 Julai 2019

TAHNIAH PAKATAN




TAHNIAH

PAKATAN


RM925 juta dana 1MDB dikembalikan setakat ini, kata Guan Eng

MALAYSIA mendapat semula RM925.1 juta dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd funds (1MDB) setakat ini, tidak termasuk hasil jualan kapal pesiar Equanimity, kata Lim Guan Eng.

Menteri kewangan itu berkata, daripada jumlah tersebut RM92.3 juta dipulangkan semula oleh Singapura, RM805.8 juta dari Amerika Syarikat (AS) dan RM27 juta lagi dari Malaysia sendiri.

Wang yang dipulangkan oleh AS adalah melalui penjualan Park Lane Hotel di Manhattan berjumlah RM567.8 dan RM328 juta dari syarikat produksi filem milik anak tiri Najib Razak, Riza Aziz iaitu Red Granite Pictures.

Wang yang diperolehi dari Malaysia melibatkan RM6.1 juta yang dipulangkan kepada Yayasan 1MDB dan RM20.9 juta lagi dipulangkan kepada 1MDB sendiri.


“Wang yang dikembalikan ini akan digunakan untuk membayar balik hutang 1MDB berjumlah lebih RM51 bilion, termasuk faedah pinjaman akan datang, yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan,” kata Lim dalam satu kenyataan, hari ini.

Lim juga menegaskan bahawa hasil penjualan Equanimity kepada Genting Malaysia Berhad berjumlah AS$126 juta (RM528 juta) tidak disekalikan kerana wang tersebut disimpan di dalam Sheriff’s Stakeholder Account (sebuah syarikat guaman terkemuka di Malaysia) untuk tempoh tiga bulan bagi tujuan penyesuaian dengan tuntutan perbelanjaan penyelenggaraan kapal yang akan ditentukan melalui Perintah Mahkamah. 

Baki hasil jualan setelah ditolak jumlah perbelanjaan yang terlibat dijangka akan didepositkan ke dalam akaun pemulihan (recovery account) 1MDB atau Kementerian Kewangan pada Ogos, tambah beliau. – 12 Julai, 2019.


SATU DUNIA

TUNGGU BILA

NAJIB ROSMAH

AKAN DISUMBAT

KE PENJARA
----------------

Tiada ulasan: