Khamis, 15 Ogos 2019

ABAM JANGAN PANIK








ABAM

JANGAN 

PANIK

Bahan kimia sungai Malaysia wujudkan ‘ikan gay’, kata pakar

KETIKA pihak berkuasa bergelut untuk menghentikan pencemaran sungai dan memperbaiki sistem bekalan air yang sering terganggu, seorang pakar memberi amaran yang Malaysia berdepan cabaran baharu yang tidak pernah dijangka.

Pencemar yang dikenali sebagai “pengacau endokrin” (EDC), menjadikan ikan di sungai Malaysia “gay” dan “transeksual” dengan mengubah hormon mereka yang memberi kesan kepada jantina, kata pakar hidro kimia Profesor Ahmad Zaharin Aris.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), terdapat bukti yang semakin banyak bahawa manusia dan haiwan “menunjukkan kesan buruk kesihatan kerana pendedahan kepada bahan kimia persekitaran yang berinteraksi dengan sistem endokrin”.

Kesan ini termasuklah peningkatan risiko mendapat kanser dan menyebabkan masalah sistem pembiakan dewasa dan kebantutan kanak-kanak, menurut EPA.

Bahan kimia ini yang menganggu sistem endokrin manusia sudahpun wujud dalam air minuman di Malaysia dan sesetengah rantaian makanan, kata Zaharin dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sistem endokrin berperanan mengawal selia pengeluaran hormon dalam badan manusia yang memberi kesan kepada pertumbuhan, perkembangan dan pembiakan.

EDC juga terhasil daripada industri farmaseutikal dan kosmetik sebagai sisa dalam proses penghasilan barangan seperti deodoran, pencuci muka dan ubat-ubatan.

Ia juga dibuang daripada pengguna yang menggunakan barangan ini, tambah Zaharin.

Dalam kajian dibuat Fakulti Pengajian Alam Sekitar UPM di beberapa sumber bekalan air negara, Zaharin berkata EDC didapati sudah menyebabkan perubahan jantina ikan.

“Ia mengubah kecenderungan seksual ikan dengan mengacau hormonnya supaya jantan tertarik kepada jantan dan betina kepada betina. Pendek kata, ikan gay dan lesbian,” kata Zaharin pada satu seminar pencemaran sungai anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Ada juga ikan yang dilahirkan dengan organ pembiakan berlainan seperti ikan betina dengan organ betina dan sebaliknya. Jadi, bila kita makan terlalu banyak ikan ini ia boleh terkumpul dalam badan kita.”

Perubahan jantina ikan dan kerang-kerangan ini disebabkan bahan aktif yang digunakan dalam penghasilan pil perancang kehamilan, katanya lagi.

SPAN sedang merancang pelan untuk menangani isu pencemaran sungai yang kerap berlaku sehingga menjejaskan bekalan air di Selangor dan menyebabkan lebih 6,000 jatuh sakit di Pasir Gudang, Johor.

Pakar air menyifatkan EDC sebagai satu bentuk “pencemar yang meningkat naik” kerana semakin kerap ditemui dalam alam sekitar.

Plastik mikro yang lebih halus daripada beras pula adalah satu lagi bentuk pencemar yang kerap ditemui.

Pengerusi SPAN Charles Santiago berkata pencemar baharu ini adalah salah satu cabaran terbesar dihadapi industri air.

Tidak seperti pencemar konvensional seperti logam berat, kesan pencemar baharu ini masih memerlukan kajian mendalam untuk diketahui dan diatasai, kata Zaharin.

Tambahnya, terdapat hampir 4,000 pencemar baharu tetapi hanya beberapa ratus sahaja dikenal pasti.

“Pengguna perlu lebih sedar tentang bahaya pencemar baharu ini dan mengurangkan hubungan dengannya.

“Misalnya, berhenti minum air daripada botol plastik tetapi minum daripada gelas atau bekas anda. Kita tak boleh hapuskan 100% risiko tetapi kita boleh kurangkan.

“Jika anda kerap makan ikan, anda perlu kurangkan. Seorang dewasa seberat 80kg hanya boleh makan dengan selamat sekilo ikan tetapi kanak-kanak tidak boleh sebanyak itu. Semua orang ada tahap penerimaan berbeza.” katanya. – 15 Ogos, 2019.




TAPI 

YANG GOTU

GOTU

NURUL  TAHU
KAH KAH KAH


----------

3 ulasan:

hamim berkata...

Isham! Apa yang dikatakan"gay" peliwat ke atau yang kena liwat? Dalam kes liwat 2, siapa gay, abam ke seeepool? Tolong jelaskan....

panglimo potaseh berkata...

Ikan gay takpe sebab ikan takde bontot.

Arymanchino berkata...

Abam xpanik TT.Lg ramai gay lg dia suka.Senang nak entot ikut belakang.Selera dia memang kat lubang tu...