Sabtu, 3 Ogos 2019

GEDEBE SELATAN



INI SUARA

GEDEBE DARI

BANGSA JOHOR 

Pengerusi Bersatu Johor pula gesa Dr Mahathir terus jadi PM


PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu diberi ruang untuk menerajui pentadbiran negara sehingga akhir penggal.

Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang berkata ia penting bagi memastikan Dr Mahathir dapat memberi fokus yang sepenuhnya dalam memulihkan negara kepada landasan yang lebih baik.

“Tun (Dr Mahathir) perlu diberi ruang yang lebih besar dan fokus untuk membaiki sistem kita yang hampir rosak untuk ia dipulihkan kepada landasan yang terbaik, sebelum diserahkan kepada orang lain.

“Kalau kita kerap sangat bertukar perdana menteri, itu juga menunjukkan bahawa iklim politik kita yang kurang stabil. Jadi, saya harap Tun dapat diberi ruang kepada semua pemimpin terutama dalam Pakatan Harapan untuk menerajui sehingga habis penggal pemerintahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Search and Destroy anjuran badan bukan kerajaan, Garbage Ranger bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Johor Bharu, hari ini.

Mazlan berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelbagai pihak yang menggesa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Mengenai program Search and Destroy yang julung kali diadakan di kawasan Taman Pelangi Indah, di sini, Mazlan berkata ia bertujuan mendidik generasi muda tentang kesedaran dan ilmu pengurusan sisa pepejal.

Program berkenaan juga dilihat mampu menjadi platform bagi mendidik masyarakat sekitar bagi melestarikan alam sekitar supaya ia sentiasa dapat dipelihara, katanya. – Bernama, 3 Ogos, 2019.


TAK SANGKA

BANGSA JOHOR

SOKONG MADEY

PASAI APA 

TAK SOKONG

DASAI

SAJE TANYA

NAK BUAT HOT
KAH KAH KAH



----------

5 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Pengurusi Bersatu bangsa Johor durhaka ..

Awanama berkata...

Apa kurang Hisham TT. Pun Gedebe sama..Skg perut kenyang dan boleh tunjuk besar kepala. Tunggu kau..aku berani bertaruh kau akan lari dari M'sia bila Anwar jadi PM. HA HA HA..

Unknown berkata...

Mazlan bujang? Sape mazlan bujang? Klau mazlan pet pet kami kenal sgt sgt.

Unknown berkata...

Sempena bulan kemerdekaan ni, Hisham Rais otai sembang la pasal jalur gemilang..😋

Awanama berkata...

Tun M perlu patuh pada konsensus pra PRU 14 dulu serah jawatan PM kepada DSAI...no ding dong ding dong macam Hadi mereng pakar kluk klek tu! Tun M boleh menjadi mentor kepada kerajaan PH. Bukan seperti Pak Lah tu, jangan kata nak dijadikan mentor, jadi mentol pun tak boleh...asyik tidur je