Isnin, 19 Ogos 2019

JADI BUDAYA








JADI

BUDAYA


1 dalam 5 penjawat awam sanggup rasuah, kata SPRM

SATU daripada lima kakitangan awam sanggup menerima rasuah sekiranya mereka ada kuasa atau kedudukan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya memetik kajian agensi anti rasuah itu

Katanya, kajian dalaman SPRM sejak 2014 menunjukkan pembabitan kakitangan awam dalam rasuah amat membimbangkan.

“Sejumlah 46.3% daripada 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah dalam tempoh 2014 hingga Jun tahun ini adalah kakitangan awam.

“Lebih merisaukan apabila 53.4% daripada mereka berusia 40 tahun ke bawah,” katanya ketika berucap pada Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, di Shah Alam, 

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Menurut Latheefa, pandangan yang mengatakan pengaruh, kuasa dan jawatan tinggi memudahkan lagi rasuah perlu diperbetulkan agar kesalahan ini dapat dihapuskan.

“Selagi ada jawatan, ada kuasa dan selagi mana kuasa serta jawatan itu mempunyai kepentingan kepada semua pihak, selama itu jugalah kita akan sentiasa berhadapan dengan risiko terdedah kepada bahayanya gejala dan penyakit rasuah.

“Disebabkan itu, saya memyambut baik laluan yang dipilih hari ini. Insya-Allah ia adalah laluan terbaik dan sempurna untuk menzahirkan penolakan terhadap jenayah rasuah secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai penghargaaan kepada usaha semua 10 exco kerajaan Selangor melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komited menentang sebarang perlakuan tidak berintegriti dalam kalangan ahli politik di negeri berkenaan.

Lafaz dan tanda tangan IBR itu diketuai Amirudin dengan disaksikan Latheefa.

Amirudin pula dalam ucapannya, berkata semua pihak perlu bersama-sama memerangi rasuah kerana ia mempunyai implikasi besar kepada pembinaan bangsa dan negara.

“Kerajaan Selangor komited memerangi rasuah dan hari ini semua exco menandatangani IBR. Saya juga menggesa semua penjawat awam menolak rasuah.

“Rasuah boleh meruntuhkan sebuah tamadun negara. Pemerintahan khalifah pun runtuh disebabkan rasuah,” katanya.

Katanya, dalam usaha memerangi rasuah, Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor dikuatkuasakan pada 2011 dan di bawah enakmen itu, orang ramai diberi kebenaran untuk melihat sendiri dokumen rasmi kerajaan negeri.

“Jadi, orang awam boleh semak dan nilai sendiri apa yang kerajaan negeri lakukan.

“Kita hanya dianggap berjaya jika berjaya membuktikan betapa pengurusan kewangan yang bertanggungjawab membolehkan kita betul-betul membantu orang yang susah dan mengupayakan mereka yang lain dengan pemberian peluang yang lebih baik.

“Namun, semua usaha ini hanya akan berjaya jika kita tolak rasuah serta mengamalkan tahap integriti yang tinggi,” katanya. – 19 Ogos, 2019.


LU TAK 

CAYA

LU

TANYA

JONAH

TANYA

FAZLI

LU 

TANYA

XAVIER

YG INI

S. HUSIN

TAK TAU-


-----------

1 ulasan:

Unknown berkata...

Utk mnjadi model kpd org lain, lathefa koya kna siasat diri dia sndiri dlu. Dia bukak fail sdiri, dia sdiri jd pgawai pnyiasat utk siasat diri dia. Klu dia dapati diri dia de mkn rasuah, dia sdiri yg akn heret diri dia ke mhkamah. Klu dia wat gitu bru org takut dek ketegasannya...