Rabu, 7 Ogos 2019

MASIH ADA YANG JUJUR





MASIH

ADA YG

JUJUR

Saya dilayan macam 'peon', kata bekas menteri

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengabaikan kebimbangan yang disuarakan oleh Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah mengenai pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International.

Malah, bekas menteri kewangan II itu berkata beliau dilayan seperti peon atau budak suruhan di pejabat selepas tindakannya itu.

Husni merupakan saksi ke-56 yang dipanggil bagi perbicaraan kes SRC International hari ini.

Beliau juga berkata Najib memintanya supaya tidak masuk campur urusan 1MDB.

Husni berkata ketika berjumpa bekas perdana menteri itu pada 2009, beliau memberitahu satu kajian kebolehlaksanaan perlu dijalankan sebelum 1MDB ditubuhkan. Kajian ini kebiasaannya mengambil masa sepuluh tahun.

Najib katanya hanya menjawab, “Saya tahu apa yang saya buat.”

Bekas menteri kewangan itu juga berkata beliau membantah usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd. Sekali lagi dalam satu perjumpaan dengan Najib juga pada 2009, Husni memberitahu 1MDB tiada kepakaran dalam bidang minyak dan gas.

Husni mencadangkan Petronas, dan menambah 1MDB sangat baru dalam bidang tersebut dan ini akan membawa kegagalan kepada entiti itu.

Najib cuma berkata “Kamu balik. Mulai hari ini, jangan masuk campur urusan 1MDB”, kata Husni ketika disoal balas pendakwa.

Husni juga berkata beliau menyuarakan kebimbangan mengenai pinjaman RM2 bilion dari Dana Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International yang diluluskan pada 29 Ogos 2011.

“Ada unsur kepimpinan autokratik dalam SRC International, baik perniagaan dan arahan,” katanya.

Saksi itu menambah berdasarkan skop tugasnya, proses meluluskan pinjaman itu sepatutnya melalui beliau.

“Kenapa tidak lalui saya? Itu sebabnya saya kata saya ini macam peon apabila keputusan dibuat,” kata Husni di mahkamah hari ini.  – 6 Ogos, 2019.


MAKIN JELAS

NAJIB AKAN

MASUK PENJARA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada orang kena simen,kena letup c4, kena tembak mati macam pengasas ambank, ada juga yang dijadikan sebagai dewa duit seperti jho low taek

Arymanchino berkata...

Binawe Husni.Selama ni aku ingat dia menteri tp peon rupanya.Sbb tu aku minta dia sain surat,dia kata sain dia tak laku..Melaon sungguh
.

NamaSamaran berkata...

Hahahaha...Peon rope nya yop

john doe berkata...

Kah kah kah