Selasa, 3 September 2019

BUKA KES








LOKMAN ADAM

SAHEH

LOKMAN ADAM

Polis panggil semula Lokman Adam berhubung laporan forensik video seks

POLIS akan memanggil semula Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam untuk mengambil keterangan berhubung video hubungan sulit yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Tindakan itu dibuat ekoran permintaan daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata Lokman sudah memberikan kepada polis laporan analisis video dari firma Britain Verden Forensic selepas pemimpin Umno itu sendiri mendapatkan maklumat tentang analisis video itu.

Lokman akan dipanggil esok pukul 3 petang manakala laporan forensik dari Britain sudah diserahkan kepada Cybersecurity Malaysia.

“Kertas siasatan berhubung kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan beberapa arahan lanjut telah diterima.

“Lokman Adam akan dipanggil semula untuk rakaman percakapan lanjut esok,” kata Huzir dalam satu kenyataan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377B, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Polis sebelum ini meminta Lokman menghantar bukti yang didakwa diperolehi daripada syarikat berpangkalan di Britain itu berkaitan video seks terkait dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua Armada PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Video pertama muncul pada 11 Jun lalu dan sehari kemudian, Haziq mengaku sebagai salah seorang individu dalam video itu dan menamakan Azmin sebagai pasangannya.

Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR, menafikan tuduhan itu dan mendakwa video itu sebagai plot menjatuhkan karier politiknya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pakar Malaysia mengesahkan ketulenan video itu tetapi identiti pelakunya tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. – 2 September, 2019.


TERBAIK

LEPAS NI PASTI

AKAN YANG

KENA DAKWA

KERNA JASA

LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH



AWAS BAHAYA
--------

1 ulasan:

Arymanchino berkata...

TT mano pogi mamat kaki selit aka budak bentot tu?Lama dah xnampak dia terselit tepi Abg Non.D K'terian dia pun dah lama takde berita.Hidup ke lg spesis ni TT.Kku msh ado tlg war war kan berita dio.Sku risau kot dia dah padam sonyap2 jo...