Jumaat, 27 September 2019

INI KEJAYAAN POLITIK JALAN RAYA





SALUT

KEJAYAAN

 POLITIK

ANAK MUDA

TURUN 

KE JALAN RAYA

Jokowi timbang batal undang-undang anti rasuah selepas protes pelajar

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pada Khamis bahawa beliau kini menimbang untuk membatalkan undang-undang baru yang mengawal agensi anti rasuah negara itu yang menimbulkan kebimbangan aktivis dan mendorong protes besar-besaran pelajar dalam tempoh beberapa dekad.

Dalam satu ucapan di TV, Jokowi berkata beliau menerima banyak maklum balas berhubung undang-undang baru itu termasuk sama ada beliau akan menggunakan kuasanya untuk menggantikannya dengan satu peraturan semata-mata.

“Tentu kita akan menimbangkannya, menilainya dengan segera,” katanya kepada pemberita.

Aktivis berkata semakan ke atas undang-undang yang diluluskan Parlimen minggu lepas akan menggugat usaha memerangi rasuah. Perubahan tersebut termasuklah menyekat kebebasan agensi untuk mengintip dengar suspek dan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk memantau agensi berkenaan.

Kemarahan terhadap undang-undang baru itu dan rancangan untuk menyemak kanun jenayah Indonesia yang akan mengharamkan hubungn seks luar nikah serta menghukum perbuatan menghina presiden telah mencetuskan protes pelajar.

Puluhan ribu menyertai perhimpunan terbesar sejak protes pelajar 1998 yang mencetuskan kekacauan dan membawa kepada tumbangnya bekas presiden Suharto.

Jokowi menangguhkan pengundian di Parlimen berkait kanun jenayah itu, yang akan menggantikan undang-undang era kolonial Belanda dengan berkata, persidangan baru Parlimen perlu menyemak undang-undang itu bulan depan.


BILA PARLIMEN

TERBUKTI GAGAL

JALAN RAYA

JADI JAWAPAN


-------------

1 ulasan:

herman adnan berkata...

Kau jugak yang cakap sham oiii... Kalau pilihan raya boleh ubah sistem...dah lama pilihan raya diharamkan... hanya ada satu JAWAPAN nko cakap iaitulah JALAN RAYA!!! Kann sham! JALAN RAYA!