Khamis, 5 September 2019

PELIK MELIK KENAPA TAK JAWAB





PELIK

MELIK

Anwar elak jawab soalan kes babitkan setpol

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengelak menjawab soalan wartawan mengenai siasatan kes jenayah melibatkan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak malam ini.

Anwar dilihat keluar daripada bangunan PKR ketika sidang media selepas mesyuarat biro politik parti itu sedang berlangsung.

Bagaimanapun, Anwar meminta pemberita bertanyakan soalan itu kepada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang sedang memberikan sidang media.

“Fahmi, Fahmi. Tanya Fahmi,” katanya sambil masuk ke dalam kereta lalu beredar meninggalkan bangunan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

KENAPA ANWAR

TAK MAHU JAWAB

ADA APA APA KE

SAJE TANYA

JANGAN MARAH
KAH KAH KAH

----------

1 ulasan:

azam berkata...

Ini macam kes kalah bergaduh kemudian report polis dakwa diri diserang.
Ada kes, menyangkakan musuh kita sorang, kita bertiga.
Ingat senang-senang nak titik.
Tetiba datang 20 orang titik kita.
Lapor polis tuduh orang merusuh.
Aku tengok kes ni macam sengaja nak drag kaki DSAI.
Farhash pun tak kena tangkap lagi.
Mungkin ada orang upah pukul farhash tapi nampaknya bukan senang nak titik farhash ni.
Lagi satu yang mkini tak siarkan.
Pengadu adalah jurulatih tinju.
Itu sebab DSAI tak mahu jawab.
Itupun Hisham Rais tak boleh fikir.
Ilmu semiotik apa ni?