Ahad, 20 Oktober 2019

BUAT BUAT TAK FAHAM







MUHYIDIN

BUAT BUAT

TAK FAHAM

PROJEK INI

PEROJEK SAPA 

KAH KAH KAH

Saya tak tahu 'kempen Hishammuddin', kata Muhyiddin


PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pihaknya tidak mengetahui tentang kempen Ahli Parlimen Sembrong Hishamuddin Hussein untuk membentuk kerajaan bersama Umno tanpa Amanah dan DAP.

Beliau juga menegaskan yang kerjasama muafakat politik yang dimeterai parti gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) antara PKR, DAP, Amanah, dan Bersatu masih relevan.

“Saya tak tahu, saya berpendapat kita ada kesepakatan yang telah kita meterai secara bersama sebelum penubuhan Bersatu lagi dan pembentukan PH.

“Kita janji bekerjasama sebagai satu gabungan muafakat politik untuk hadapi pilihan raya dan kita menang mendapat hati rakyat untuk membentuk kerajaan.

“Setakat ini kewujudan PH masih relevan. Saya tak tahu ada usaha lain, sebagai presiden Bersatu dan timbalan presiden PH saya tak tahu,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Rela bersama pemimpin di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di Pontian, hari ini.

Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini menamakan Hishammuddin sebagai individu yang menjalankan usaha membentuk kerajaan tanpa penyertaan DAP dan Amanah.

Anwar juga meminta supaya ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak terpedaya dengan gerakan yang disifatkan sebagai “strategi karut” itu.

Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan pada 16 Oktober lalu pula menegaskan mereka berpegang teguh kepada Muafakat PH yang dipersetujui empat parti komponen asal termasuk Warisan dari Sabah untuk terus kekal dalam kerajaan PH.

Berikutan itu, mereka menggesa Hishammuddin menghentikan kempen untuk mengetengahkan idea pembentukan kerajaan baharu tanpa penyertaan DAP dan Amanah.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan perkara itu.

Isu berkenaan semakin mendapat perhatian selepas pemimpin Melayu PH, Umno dan PAS hadir pada Kongres Maruah Melayu yang penuh kontroversi.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula hari ini dilaporkan tidak mempercayai bahawa Hisammuddin, yang juga bekas naib presiden parti itu berkomplot dengan pemimpin PH menubuhkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

“Saya fikir itu hanya satu perkara yang dituduh kepada Hisham. Hisham tidak begitu. Hisham ikhlas untuk melihat Umno terus bersatu padu,” katanya. – 19 Oktober, 2019.


ABAM BUKA

KESAH 

SEMBERONG

BUAT GEMPAK

SUPAYA

BERSATU

KELUAR 

KENYATAAN

MACAM DAP

SOKONG ABAM

TAPI BERSATU

TAHU GAME

ABAM 

LALU BUAT BUAT

TAK TAHU
KAH KAH KAH


-------------

2 ulasan:

herman adnan berkata...

Semberong hayun keris bolela
..

panglimo potaseh berkata...

Mihyudin buat2 tak faham ..Malikul buat2 bodoh ..bodoh2 pon cina kaya dihenjotnye ..