Sabtu, 19 Oktober 2019

KAKI PUKUL JADI KAKI PUTAR




SETPOL ABAM

YANG AMAT

HEBAT



PKR umum ahli Parlimen Bukit Gantang masuk parti, tapi...

PKR mengumumkan penyertaan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ke dalam parti itu, yang dinafikan ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Perak Farhash Wafa Salvador berkata biro politik pusat memutuskan menerima Syed Abu Hussin sebagai ahli.

Perkata itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini, katanya.

“Dengan pengalaman yang dimiliki beliau, saya yakin ini dapat membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan memanfaatkan Majlis Pimpinan Negeri Perak pada masa yang sama,” kata Farhash.

Sejurus selepas itu, Syed Abu Hussin bagaimanapun menafikan menyertai PKR.

Tegasnya beliau masih ahli Parlimen bebas dan tidak pernah memohon menyertai PKR.

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya kekal bebas dan tidak menyertai mana-mana parti.

“Saya tidak pernah memohon untuk menjadi mana-mana ahli parti selepas keluar daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada 27 Jun yang lalu,” katanya.

Syed Abu Hussin merupakan antara lebih 17 ahli Parlimen Umno yang meninggalkan parti itu tahun lalu selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Tujuh daripada menyertai Bersatu yang menjadikan parti bongsu PH itu menguasai 22 kerusi.

Dengan penyertaan Syed Abu Hussin, PKR kini menguasai 51 kerusi Parlimen.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata permohonan bekas menteri Umno Salleh Said Keruak menyertai parti tersebut kini masih dalam perbincangan.

“Biro Politik PKR masih lagi dalam perbincangan untuk mendapatkan pandangan daripada peringkat Majlis Pimpinan Negeri Sabah,” katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai. – 18 Oktober, 2019.


SUDAH TERBUKTI

BUKAN SAJE

KAKI PUKUL

KINI JELAS

TERBUKTI

KAKI PUTAR

AMIN
KAH KAH KAH

------------

Tiada ulasan: