ETIKA
Wahai para pembacha Tukartiub yang budiman
Dunia digemparkan dengan berita banduan Richard Huckle..penjenayah paedophile mati ditikam di dalam penjara di Britain.Jenayah yang diperlakukan olehnya termasuk juga terhadap kanak2 di Malaysia.
Tujuan choretan ini bukanlah mahu menyentuh betapa jahatnya penjenayah ini. Dia sudah tiada namun kesan pada mangsa2 dan keluarga mereka amatlah menyedehkan.
Tujuan choretan ini adalah menyentuh nilai2 murni yang semulajadi dikalangan penghuni penjara.Bukan semua penghuni penjara itu jahat dan tak beretika.
Kadang2 yang baik dan tak bersalah pun dipenjara.Ada kala orang yang baik2 pun hilang kawalan kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Terdapat juga yang betul2 ganas dan memang jahat.Namun pasti ada sebab musabab yang menjadikan mereka jahat.
Di dalam penjara..di mana2 negara sekali pun...penghuni penjara akan ada rasa hormat dan kagum akan pesalah yang merompak dan membunoh.Aneh bukan?Selalunya kerana mereka merasakan mereka adalah " victim of the system"..jadi penjenayah yang handalan itu di kagumi..dan mungkin juga digeruni.
Lainlah kalau pesalah itu membunoh kanak2 atau wanita yang tak bersalah.Pesalah itu pasto dibenchi.Keadaan ini seolah olah ada penghormatan kepada "honest upright hardworking criminal".
Dan kebenchian dan kejelekan melampau terhadap penjenayah seksual(terutamanya terhadap kanak2), penjenayah dari kalangan polis atau warden penjara dan penjenayah2 kolar puteh atau white collar criminals.
Warga penjara menghormati pesalah yang sama latarbelakang nya...armed robbery.assault.tembak menembak dengan pehak berkuasa dikira OK.
Jenayah rogol budak.churi duit masjid.white collar.rasuah di kira sampah."You are not one of us!!!".
Mungkin atas sebab ini lah Richard Huckle dikerjakan.
Akhir kalam tiadalah diketahui apa warga penjara pandang terhadap jenayah merampok wang rakyat...jangan pandang remeh maruah banduan.Mereka mungkin merengkok dalam penjara kerana silap berkawan atau asuhan.Mereka tetap kurang senang jika ada pesalah2 yang menchuri hanya semata mata kerana kerakusan nafsu dan tamak haloba.
Rupa2 nya there is honour among thieves!!!
(At least some of them) Kah kah kah!!
-----------
1 ulasan:
menjentik minda pagi2 ini. terimakasih pemberi hidayah
Catat Ulasan