Selasa, 26 November 2019

SATU KEJAYAAN







SATU KEJAYAAN

PAKATAN HARAPAN


2,300 rumah Felda yang terbengkalai siap akhir 2020


KIRA-KIRA 2,300 buah rumah untuk generasi kedua peneroka Felda yang terbengkalai akan siap hujung tahun depan, kata Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Timbalan Menterinya Mohd Radzi Jidin berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 20,000 unit rumah yang disasarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk generasi kedua peneroka Felda dalam tempoh lima tahun.

Kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk meneruskan semula skim rumah terbengkalai dan memulakan skim baharu, kata Radzi.

Daripada 20,000 unit yang akan dibina, 8,300 unit sudahpun siap dibina pada 2018.

Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang diwujudkan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini bermasalah akibat perancangan yang tidak betul dan kekurangan dana, katanya.

Dalam Kertas Putih Felda yang dibentang pada April, kerajaan PH berkata agensi pembangunan tanah itu mengalami kerugian berbilion ringgit disebabkan oleh salah tadbir urus dan penyelewengan yang dilakukan oleh kepimpinan terdahulu.

Ini menyebabkan projek PGBF mengalami kekurangan dana.  

“Buat masa ini kami menjalankan kajian ke atas pelaksanaan dan hasil skim ini untuk menentukan sama ada ia memenuhi matlamat untuk membina perumahan bagi generasi kedua peneroka.

“Matlamat kami ialah pertama sekali memberi tumpuan kepada projek terbengkalai yang kini sudah 70% siap,” katanya ketika menjawab soalan Dr Hasan Bahrom (BN-Tampin) di Dewan Rakyat hari ini.

“Setakat hari ini, kira-kira 63% rumah jenis ini atau 1,900 daripadanya sudah siap dan sijil perakuan siap.” – 25 November, 2019

WOIT 

NAJIB LU NAK

KELENTONG APA

LU GADAI TANAH

FELDA 

LU TIPU PENEROKA

PAKSA 

BELI SAHAM FGV

SEKARANG 

PAKATAN

KENA BERSIH

TAIK PALAT

ROSMAH
CILAKAA




--------

Tiada ulasan: