Selasa, 24 Disember 2019

BERITA AMAT MENARIK




BERITA AMAT

MENARIK

TAPI

BETUL KE?

NAK HIDUPKAN

KEMBALI


Peguam Negara perlu dakwa bekas komunis langgar perjanjian, kata Hanif

PEGUAM Negara wajar mengambil tindakan terhadap bekas anggota komunis jika mereka melanggar undang-undang, gesa bekas ketua polis negara Hanif Omar.

Selain itu katanya Putrajaya juga perlu kekal dengan Perjanjian Damai Hatyai yang mengakhiri konfrontasi antara kerajaan dan komunis pada 1989.

Berucap pada himpunan antikomunis pagi ini, Hanif juga mempersoalkan sama ada Tommy Thomas sanggup mendakwa mana-mana ahli bekas komunis yang melanggar perjanjian itu.

Hanif berkata demikian selepas sekumpulan ahli bekas komunis baru-baru ini berkumpul untuk memperingati ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai.

“Selepas Perjanjian Hatyat, kumpulan pertama komunis pulang ke tanah air dan saya membuatkan mereka bersumpah agar tidak mengkhianati negara ini.

“Kamu bukan lagi ahli PKM (Parti Komunis Malaya) apabila memasuki Malaysia.

“Kumpulan pertama, kedua disusuli kumpulan seterusnya pulang ke tanah air. Kami bukan saja membenarkan mereka pulang tetapi mereka perlu mengangkat sumpah dan menandantangani perjanjian.
.
“Kerajaan perlu kekal dengan perjanjian itu… tetapi mereka boleh dihukum jika melanggar undang-undang kerana kuasa tersebut ada pada Peguam Negara.

“Kita tahun Peguam Negara merupakan kawan rapat Chin Peng dan kita menunggu tindakannya,” kata Hanif merujuk kepada ketua PKM yang terlibat dalam perjanjian pada 1989.

Hanif berkhidmat sebagai ketua polis negara dari 1974 hingga 1994.

Himpunan antikomunis itu berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur dengan penglibatan kira-kira 400 bekas anggota polis

Timbalan Presiden Persatuan Bekas Polis (Respa) Wong Lui Lam berkata dalam satu kenyataan bahawa sebarang usaha menghidupkan semula ideologi komunis boleh dianggap melanggar perjanjian tersebut.

Beliau berkata perjanjian antara kerajaan dan PKM jelas menyatakan bahawa semua bekas ahli komunis yang diterima sebagai rakyat perlu setia kepada raja dan negara. – 24 Disember, 2019.

IDE KOMUNIS

 TERUS WUJUD

SELAGI ADA

SISTEM KAPITALIS

ORANG BAIK 

TERUS WUJUD

 WALUPUN ORANG

JAHAT BERKUASA

INI HUKUM ALAM

YG TIDAK AKAN

MUSNAH SAMPAI

DUNIA  KIAMAT
-----------

2 ulasan:

Ketua Pengarang berkata...

cuba cerita macam mana kapitalis ni jahat? terima kasih

Nole berkata...

Eh titi. Hang picaya ke dunia kiamat. Bkn ke hang picaya hang akan dihidupkan semula. Silap2 jd nabi. Sblm ni kn hang jadi semut merah. Tp kena pijak dgn garuda di dahan pohon cemara.