WOW
NAMPAKNYA
UJI POLIGRAF
NI OKAY
PARTI ISLAM
SOKONG
Ujian poligraf untuk Anwar
KENYATAANNYA telah dirakam dua kali oleh pihak Polis. Bersungguh mahu menegakkan kesnya semalam Muhammed Yusoff Rawther ke Bukit Aman lagi.
Kali ini untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf atau ‘lie detector’ iaitu satu alat yang dikendalikan pakar boleh mengesan sama ada seseorang itu berbohong atau tidak dan kenyataannya itu direkodkan.
Demi memperkukuhkan dakwaannya Yusoff berada di Bukit Aman selama 5 jam semalam untuk menjalani ujian ini ditemani peguamnya.
Bukit Aman sedang siasat kes ini di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah mengenai kesalahan ‘menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa dia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu’.
Jika disabitkan kesalahan hukumannya berbunyi: ‘hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu’.
Yusoff mendakwa Presiden PKR, Anwar Ibrahim (bakal PM 8) yang melakukan jenayah berkenaan terhadapnya.
Ia satu pertuduhan serius namun setakat ini Yusoff kelihatan bersungguh dan memberi kerjasama penuh pada pihak Polis untuk menyiasat dan membongkarnya.
Moga Anwar pun sanggup melalui ujian poligraf yang sama. Kini Anwar bakal PM dan bukan lagi anggota pembangkang tetapi memimpin parti pemerintah. Sudah pasti tidak siapa berani berpakat mengenakannya.
Jika segala ini fitnah terhadap Anwar dan usaha mahu gagalkan impiannya menjadi PM 8 maka Anwar perlu berani untuk menjalani ujian ini demi keadilan! Jangan beri alasan lagi kerana rakyat Malaysia perlu tahu kredibiliti bakal PM nya. – HARAKAHDAILY 18/12/2019
SOALAN
SEKARANG
APAKAH
PEMIMPIN ISLAM
ANWAR IBRAHIM
AKAN SEDIA
DIUJI OLEH
POLIGRAF?
SATU DUNIA
BERTANYA
DAN MENUNGGU
JAWAPAN
KAH KAH KAH
-------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan