Sabtu, 28 Disember 2019

SUMPAH LAKNAT










SUMPAH LAKNAT

INI JELAS IDEA

LOKMAN ADAM


Sumpah laknat tidak selesai kes pembunuhan

ALOR SETAR: Tindakan  Najib  melakukan sumpah laknat tidak akan menyelesaikan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu, sebaliknya ia perlu diselesaikan dengan membuka semula kertas siasatan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH),  Mahfuz Omar, berkata perkara itu bukan sahaja mampu memberikan keadilan kepada semua pihak, bahkan tidak menyalahguna tindakan ‘bersumpah’ sebagai satu jalan mudah menyelamatkan diri.

“Lepas ini sesiapa yang mencuri, semua boleh nafi dengan sumpah saja, kalau macam itu tak perlu wujudlah balai polis dan mahkamah. Jadi jalan terbaik saya harap polis perlu buka kertas siasatan kes terbabit.

“Begitu juga dengan Akuan Bersumpah (SD) Azilah Hadri, tidak semestinya hanya dengan membuat SD, kes ini selesai dan saya tidak menyokong mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Sumbangan Komuniti di sini, hari ini.

Mahfuz berkata demikian bagi mengulas tindakan Najib melakukan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam, bagi menafikan SD dibuat Azilah berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan Altantuya.

Azilah dalam SD mendakwa Ahli Parlimen Pekan itu mengarahkannya untuk ‘tangkap dan hapuskan’ Altantuya yang menurutnya diberitahu sebagai seorang perisik asing serta berbahaya kepada keselamatan negara.


SEDIH SEDIH

PEMIMPIN ISLAM

KENA FITNAH

SEMUA SENYAP

PENYOKONG

SEMUA LARI
KAH KAH KAH

-------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lepas bersumpah keluar masjid terus jamu 10 orang fakir miskin, pun boleh ja buat kan sebab terlampau kaya! Baik masuk mahkamah kemukakan bukti dan saksi. Bukannya tak boleh tracking perjalanan smart phone. Dulu2 rajin gi US melawat hq google buat apa ntah?