Khamis, 9 Januari 2020

SATU LAGI KEJAYAAN PH







SATU LAGI

KEJAYAAN

PAKATAN 


Lebih RM3 juta disita SPRM dari UMNO Pahang, PBRS jadi hak kerajaan





 
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melucut hak wang berjumlah RM3,479,300.18 yang disita daripada Umno Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk diserahkan kepada kerajaan.
Wang yang disita SPRM pada tahun lepas itu didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.
Hakim Muhammad Jamil Hussin dan Pesuruhjaya Kehakiman, Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang mendengar permohonan SPRM itu masing-masing memutuskan wang berjumlah RM2,479,300.18 yang disita dari Umno Pahang dan PBRS berjumlah RM1 juta adalah hasil aktiviti haram.
Di Mahkamah Tinggi Jenayah 4, Jamil membuat keputusan itu setelah menimbang hujah Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh selaku pemohon dan peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor mewakili Umno Pahang yang juga responden.
“Responden gagal membuktikan RM2,479,300.18 adalah miliknya. Saya berpuas hati wang itu yang hendak dilucut hakkan oleh pemohon (SPRM) adalah hasil daripada aktiviti haram. Permohonan pemohon dibenarkan.”

KEJAYAAN AKHIR

ROSMAH NAJIB

MASUK PENJARA

SATU DUNIA

AKAN GUMBIRA


--------

Tiada ulasan: