Isnin, 20 Januari 2020

TANGKAP TANGKAP





TANGKAP

GUNAKAN TEKNIK

BOUNTY HUNTER

SAPA DAPAT

TANGKAP

PEDATANG HARAM

DAPAT UPAH 


54 warga asing 

dicekup di Genting Highlands


JABATAN Imigresen Malaysia Pahang menahan 54 warga asing dari pelbagai negara dalam serbuan di sebuah taman tema popular di pusat peranginan Genting Highlands hari ini. 

Pengarahnya Muhammad Hatta Kassim berkata mereka yang termasuk 13 wanita ditahan pada operasi yang dijalankan selama hampir empat jam bermula 3 petang tadi. 

“Mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 42 tahun dan berdasarkan risikan sebelum ini, dipercayai bekerja di situ termasuk ada yang ditugaskan di kaunter hadapan. 

Pemeriksaan awal mendapati ada di antara mereka baharu tiba di negara ini dan mempunyai pas lawatan sosial,” katanya pada satu sidang media, hari ini. 

Muhammad Hatta berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 18 warga Myanmar diikuti Indonesia (12 orang), Bangladesh (sembilan orang), Pakistan (tujuh orang), India (empat orang), Nepal (tiga orang) dan seorang warga Filipina. 

Selain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, Muhammad Hatta berkata ada warga asing itu tinggal melebihi masa yang dibenarkan dan menyalah guna pas lawatan sosial untuk bekerja. 

“Mereka dipercayai bekerja dengan empat majikan berbeza dan majikan terlibat akan dipanggil untuk membantu siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah kerana menggaji pendatang asing,” katanya. 

Beliau berkata semua warga asing yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Kemayan di Bera, dekat sini untuk tindakan selanjutnya. 

Sepanjang 19 hari pertama tahun ini, Muhammad Hatta berkata pihaknya telah melaksanakan 75 operasi di sekitar Pahang, melibatkan pemeriksaan terhadap 484 warga asing dan 282 orang ditahan atas pelbagai kesalahan. 

“Kita akan teruskan operasi ini setiap minggu bagi membanteras pendatang asing tanpa izin di negeri ini,” katanya. 

Pada tahun lalu, Muhammad Hatta berkata seramai 2,875 warga asing ditahan dalam 859 operasi yang dijalankan dengan tangkapan paling ramai ialah warga Indonesia diikuti Bangladesh, Myanmar dan Kemboja. – Bernama, 19 Januari, 2020.



PELAJAR ADA

HUTANG PTPTN

KALAU DAPAT

TANGKAP 

PEDATANG HARAM

HUTANG AKAN

DITOLAK

JAMIN NEGARA

SELAMAT DARI

PEDATANG HARAM

BUAT SEKARANG

JANGAN 

TERLAMBAT

NANTI ADA

DONG ZONG BARU
KAH KAH KAH 
-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalu dpt tangkap nak serah kat sape? Imigresen ke? Hahaha... masyuuk. Nape ramai sangat pak itam suka dtg 1mesia?