Ahad, 5 Januari 2020

TARIKH BILA?






BETUL



NAK TAHU BILA?

Majlis Presiden Pakatan perlu tetapkan tarikh peralihan kuasa, kata Pemuda PKR

MENETAPKAN tarikh peralihan kuasa akan mencerminkan kesepakatan yang utuh dalam Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir.

Katanya, penetapan itu juga akan mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang

“Maka saya sarankan Sekretariat PH agar memastikan mesyuarat Majlis Presiden akan datang membuat ketetapan tarikh peralihan perdana menteri pada Mei 2020 bagi menjamin kelangsungan agenda PH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha PH Saifuddin Abdullah berkata tidak ada tarikh akhir Mei 2020 untuk penyerahan kuasa perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.


“Walaupun Majlis Presiden PH bersetuju pada 6 Januari, 2018 yang Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-8, ia tidak menyatakan sebarang tarikh.

“Maka, isu tentang peralihan kuasa pada Mei 2020 tidak berbangkit,” kata Saifuddin.

Dr Mahathir sudah punya memberi komitmen pada 10 Disember 2019 bahawa beliau akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak APEC 2020 di Kuala Lumpur pada November.

“Sebarang soalan tentang isu peralihan kuasa patut diberikan kepada Majlis Presiden PH untuk diputuskan,” kata Saifuddin yang juga menteri luar.

Akmal berkata pihaknya menyambut baik kenyataan Saifuddin berkenaan isu itu tetapi berkata tarikh perlu ditetapkan walaupun PH bersetuju peralihan akan berlaku dalam tempoh dua tahun PH menjadi kerajaan iaitu sejak Mei 2018.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata peletakan jawatan menteri oleh Dr Maszlee Malik dan sebelum ini jawatan menteri besar Johor oleh Osman Sapian menunjukkan pertukaran boleh berlaku dengan baik dan harmoni dalam pentadbiran PH.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat PKR dan juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad turut mahu kepimpinan PH komited terhadap penyerahan kuasa itu. – 4 Januari, 2020.


BILA TAHU 

TARIKH

SENANG TEMPAH

BAJU MELAYU ITAM

NAK ANGKAT

SUMPAH SUMPAH

JADI MENTERI

NAK GOYANG2

TAPI TAK

PANCUT PANCUT
KAH KAH KAH
-------------

Tiada ulasan: