Jumaat, 31 Januari 2020

WABAK MENULAT MEREBAK





WABAK SEDANG

MEREBAK

SATU DUNIA

WAJIB BERSEDIA

WHO isytihar koronavirus kecemasan kesihatan global


PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan kecemasan global terhadap koronavirus yang tersebar dari China, selepas gergasi Asia itu melaporkan lonjakan terbesar angka kematian dalam satu hari.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat dibuat mengenainya. 

“Kebimbangan kami yang paling besar adalah potensi virus itu tersebar ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada taklimat di Geneva.

“Kita semua mesti bertindak bersama sekarang untuk mengekang lagi penyebaran ... Kita hanya boleh menghentikannya bersama-sama.”

Tedros bagaimanapun berkata sekatan perjalanan dan perdagangan dengan China tidak diperlukan untuk membendung penyebaran virus itu, yang kini merebak ke lebih 15 negara lain di seluruh dunia.

Banyak negara menyeru rakyat mereka agar tidak melawat China, manakala sesetengahnya mengharamkan kemasukan pelancong dari bandar Wuhan, pusat virus itu mula-mula muncul. 

Amerika Syarikat melaporkan kes pertama apabila seorang pesakit dijangkiti virus itu daripada orang lain di Amerika - seorang lelaki di Chicago yang jatuh sakit selepas dijangkiti daripada isterinya, yang telah pergi ke Wuhan.

Syarikat penerbangan mula membatalkan penerbangan ke China pada Rabu, dan lebih banyak mengikuti langkah itu semalam.

Israel menyekat semua penerbangan dari China, manakala Rusia berkata ia menutup sempadan timur jauh dengan China akibat wabak itu. – AFP, 31



KETIKA INI

LUPAKAN DAHULU

SEMUA TEORI

MANA PUNCA

KONSPIRASI APA

SENJATA SIAPA

YANG PENTING

UMAT MANUSIA

SEMUA TERANCAM

KHALAS
--------------

Tiada ulasan: