Isnin, 17 Februari 2020

BAGI BOCOR SEMUA






BAGI BOCOR

SEMUA BELOT

MACAM KENG

Rakan kongsi projek solar hibrid ugut dedah peranan Najib, Rosmah


PENGARAH Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin berselish faham dengan rakan kongsinya Rayyan Radzwill Abdullah sehingga membawa kepada ancaman pendedahan mengenai penglibatan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dalam projek solar hibrid, kata saksi.

Bekas ketua setiausaha kementerian pendidikan Madinah Mohamad ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata beliau mendapat tahu mengenai perkara itu melalui beberapa mesej WhatsApp yang diterimanya dari Rayyan antara Oktober 2017 dan Mei 2018.

Menurut Madinah, Rayyan menghantar banyak mesej yang mendakwa Saidi melakukan pelbagai kesalahan berkaitan projek solar hibrid seperti mengubah terma asal kontrak, membuat tuntutan palsu dan menipu beberapa pihak menggunakan projek berkenaan.

Saksi keenam pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Rosmah itu berkata Rayyan menghantar banyak mesej kepadanya dengan harapan beliau dapat mengaturkan satu perjumpaan dengan Najib.

Madinah memberitahu mahkamah Rayyan mahu merampas kontrak projek solar hibrid daripada Saidi dan Jepak.

“Dia juga mengugut mahu dedahkan penglibatan Najib dan Rosmah dalam projek itu.

“Rayyan beritahu saya dia akan dedahkan penglibatan PM dan mem (Rosmah) dalam perolehan projek solar hibrid kepada pembangkang kalau saya tak bantu dia,” kata saksi itu kepada mahkamah.

Madinah berkata Rayyan menghantar tangkap layar mesej WhatsApp dari pembantu Rosmah, Rizal Mansor, untuk mengaitkan isteri bekas perdana menteri itu dengan projek solar hibrid jika saksi itu gagal membantunya merampas kontrak dari Saidi.

Rosmah, 69, menghadapi tiga pertuduhan rasuah, satu daripadanya kerana meminta RM187.5 juta daripada Saidi sebagai habuan membantu Jepak Holdings mendapatkan projek terbabit.

Rosmah juga dituduh menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi pada 2016 dan 2017.

Minggu lepas, Madinah memberitahu mahkamah tertuduh memintanya mempercepatkan projek yang diberi kepada Jepak Holdings itu.

Ketika membaca keterangan bertulisnya minggu lalu, Madinah yang merupakan ketua setiausaha Kementerian Pendidikan pada 2013 sehingga 2016 berkata, kejadian “menakjubkan” itu berlaku selepas beliau menghadiri majlis Yayasan Permata yang dinaungi Rosmah di Putrajaya.

Tambah beliau permintaan Rosmah itu mewujudkan “rasa tergesa-gesa” kerana kedudukan Rosmah sebagai isteri perdana menteri, yang pada pandangannya boleh mempengaruhi Najib.  – 17 Februari, 2020.


SELAMATKAN

DIRI SENDIRI

BIAR ROSMAH

BIAR NAJIB

MASUK PENJARA

KAH KAH KAH

KALAU SETIA

 BOLEH PERGI

LAWAT SEMINGGU

SEKALI

DISUNGAI BULUH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

-----

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam sial! Ksu dtg dari PTD. Elok gegar semua ksu....depa goyang. Oooo kalau tak kalah kau dok diamkan aje kan! Ada dia cuba report agensi berkaitan? Tak da kan? Periuk sendiri je la jaga. Kalau budak kerani datang lewat laju ja nak buang kan?!

Si Luncai berkata...

Antara kejayaan terbesar najib dapat melahirkan paling ramai keng dalam sejarah... Semua oram kanan oram kiri pakat balun takde rasa kesian dah.. Mana nak cari hanya ada seoram najib yang macam ni...