Sabtu, 15 Februari 2020

BEBAN UNTUK ANWAR







INI FITNAH

JADI BEBAN

UNTUK ANWAR

KAH KAH KAH

BOS DIFITNAH

CUBA CABUL

KAH KAH KAH

YANG INI

DIFITNAH ROGOL

KAH KAH KAH 


Anwar cuba lindungi jenayah Raymond jika gagal pecat dari PKR

KUALA LUMPUR – Susulan pemecatan setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri 2 Sabah, Christina Liew, Presiden PKR, Anwar Ibrahim dicabar memecat keanggotaan Raymond Ahuar dalam PKR.

Menurut sumber MalaysiaGazette, sekiranya punca pemecatan Raymond amat serius, Anwar perlu menasihatkan Biro Politik PKR mengkaji semula keanggotaannya termasuk jawatan yang disandang ketika ini.

“Kali ini, apakah Anwar ada keberanian besar untuk memecat Raymond daripada PKR?

“Kesalahan Raymond bukan kecil dan terbukti melalui langkah drastik Kabinet Sabah memecat beliau daripada jawatan setiausaha politik Christina.

“Mustahil kalau Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Afdal dan kabinetnya setuju dengan pemecatan itu tanpa asas serta bukti kukuh,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Semalam, Raymond dipecat daripada jawatan lantikan politik Kerajaan Negeri Sabah selepas melakukan lawatan kerja di daerah Nabawan.

Media melaporkan bahawa Raymond dimaklumkan Liew tentang pemecatan itu berikutan surat lawatannya ke daerah Nabawan dalam Parlimen Pensiangan pada 12 Februari lalu.

Lawatan itu dilakukan susulan aduan daripada masyarakat Murut mengenai syarikat pembalakan yang melakukan aktiviti pembalakan di atas tanah adat mereka.

Raymond merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Sabah dan Ketua Cabang Pensiangan PKR.

Menurut sumber, sekiranya Anwar benar-benar berprinsip dan mahu menonjolkan reformasi pemerintahan, maka beliau perlu membuktikan dengan memecat Raymond.

“Andainya Anwar mengelak dengan pelbagai alasan, itu tanda jelas Anwar juga membela kroni. Rakyat nampak Anwar tiada nilai kepimpinan untuk menjadi Perdana Menteri kelapan,” kata sumber.

Sumber mendakwa, pemecatan itu diperkenan Kabinet Sabah kerana Liew sudah ‘malu besar’ dengan tindakan-tindakan Raymond yang lebih sudu daripada kuah.

Kata sumber, banyak isu kontroversi yang dicetuskan oleh Raymond sebelum ini hingga menjejaskan PKR dan kedudukan Liew selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah.

“Pada 7 Oktober 2018, Raymond dikaitkan dengan kes rogol wanita Indonesia namun budak suruhan Anwar itu menafikannya.

“Awal Disember 2018, Raymond dikaitkan isu surat sokongan tender membekal dan perkhidmatan di Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri terpalit isu berkenaan.

“Awal Januari 2019, Kerajaan Negeri Sabah dikejutkan dengan isu Setiausaha Politik ‘pau’ kontraktor projek menaikkan papan iklan di serata negeri untuk mempromosi ketua menteri.

“Pada 11 Disember 2019, Raymond membelakangkan Liew dan juga Kerajaan Warisan Sabah apabila mengesyorkan mahu gabungan itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dengan alasan Warisan tewas tipis dan bukan sebahagian daripada PH,” dakwa sumber.

Dalam pada itu, sumber itu juga mengaitkan Raymond sebagai orang kepercayaan Anwar kerana berjasa menggagalkan kemenangan calon Ketua AMK pro Azmin dalam dua pemilihan PKR iaitu pada 2014 dan 2018.

“Kerana Raymond, Amirudin Shari kalah kepada Nik Nazmi pada pemilihan 2014 dan Dr Afif Bahardin tewas kepada Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

“Kedua-dua calon ketua AMK pro Azmin ini hanya kalah tipis. Itu sebablah Raymond naik tocang dan besar kepala.

“Anwar beri laluan penuh melalui lantikan-lantikan utama kepada Raymond sebagai membalas budi pemilihan 2018,” dakwanya lagi. – MalaysiaGazette

POLSEK PULAK

DIFITNAH

KAKI PUKUL

MACAM MANA

ANWAR NAK GI

MEMANCING

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

-----------

1 ulasan:

Arymanchino berkata...

Semua org kepercayaan Abam berperangai mcm dia.Mcmana Abam nak pecat..