Rabu, 12 Februari 2020

BELOT BELOT BELOT SEMUA JADI KENG




BELOT BELOT

SEMUA JADI

 KENG


Saya tidak ambil rasuah, kata Mahdzir


BEKAS menteri pendidikan Mahdzir Khalid memberitahu mahkamah tinggi hari ini, beliau tidak pernah meminta atau menerima sebarang rasuah daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin berhubung projek hibrid solar di Sarawak.

Beliau juga berkata kontrak solar bernilai RM1.25 bilion diberikan kepada Jepak kerana mengikuti arahan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, sambil menambah terdapat juga tekanan daripada “pasukan” Saidi untuk menyerahkan projek itu.

“Saya tidak meminta atau menerima sebarang rasuah daripada Saidi. Tiada keperluan mendesak untuk saya melakukannya.

“Saya hanya mengikut arahan daripada Najib untuk memberi projek itu kepada Jepak,” katanya ketika menamatkan keterangan bertulisnya.

Minggu lepas, Mahdzir memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau ditekan daripada pelbagai pihak, termasuk Rosmah Mansor, untuk memberi projek hibrid solar di Sarawak kepada sebuah syarikat kurang berkemampuan.

Rosmah, 69, isteri bekas perdana menteri, berdepan tiga tuduhan rasuah, salah satunya kerana meminta RM187.5 juta daripada Saidi sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi pada 2016 dan 2017. – 10 Februari, 2020.

MADZHIR KENG

JANGAN RISAU

BOCORKAN 

SEMUA

KAH KAH KAH

KAPAL DAH KARAM

NAJIB ROSMAH

DAH LINGKUP

SELAMATAN DIRI
KAH KAH KAH

-----------

Tiada ulasan: