Selasa, 3 Mac 2020

MEMILIH IMAM DALAM KAPAL LANUN







MEMILIH IMAM

DALAM KAPAL

LANUN


Jaminan kerajaan bersih sukarkan Muhyiddin bentuk Kabinet

R Muhyiddin Yassin untuk membentuk Kabinet yang bersih dan berintegriti mungkin memerlukan sedikit masa kerana ia dirumitkan oleh ahli Parlimen Umno yang berdepan pelbagai tuduhan jenayah dan penyokong yang menuntut jawatan tertentu.

Janji itu dibuat sehari selepas perdana menteri kelapan itu mengangkat sumpah, menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang masih mendakwa mempunyai majoriti untuk merampas semula jawatannya.

“Semua orang jangkakan mendapat jawatan yang diimpikan, tetapi kenyataan Muhyiddin meranapkan kemungkinan untuk menamakan beberapa pemimpin utama,” kata sumber dalam kerajaan.

“Ini bermakna senarai muktamad akan lewat kerana mereka yang bersih atau tiada sebarang kes mahkamah ini tidak ramai.”

Berbeza pula dengan Dr Mahathir, beliau hanya mengambil masa tiga hari untuk menamakan Kabinet asas yang terdiri daripada timbalan perdana menteri dan tiga lagi menteri bagi potfolio utama selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 10 Mei 2018. Sepuluh lagi anggota Kabinet diumumkan pada 21 Mei dan selebihnya pada 2 Julai 2018.

Kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin terdiri daripada Bersatu; bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali; Barisan Nasional yang terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan PBRS; serta PAS. Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula menyokong tetapi tidak menyertai perikatan baharu itu.

Pemimpin-pemimpin setiap parti di atas berkata terpulang kepada Muhyiddin untuk menyusun Kabinet tetapi The Malaysian Insight difahamkan beberapa orang daripada mereka sudah mengemukakan tuntutan khusus atau mengharapkan jawatan penting.

Pertuduhan jenayah dihadapi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi lebih banyak berbanding bekas perdana menteri Najib Razak.
Timbalan Zahid, Mohamad Hasan pula bukan ahli Parlimen, manakala tokoh lain seperti Khairy Jamaluddin, Hishammuddin Hussein dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak memegang jawatan tertinggi dalam parti. Hanya Ismail Sabri Yaakob satu-satunya ahli Parlimen yang berada dalam Majlis Tertinggi Umno.

Umno juga berpuak-puak, dan Muhyiddin perlu berdepan cabaran ini untuk memilih daripada kalangan mereka untuk dimasukkan dalam Kabinet.

“Semua puak dalam Umno mahukan tempat dalam Kabinet,” kata sumber parti itu.

Muhyiddin, 72, perlu juga memuaskan hati kumpulan Azmin dengan jawatan kanan selain memenuhi permintaan penyokong dari partinya sendiri, Bersatu.

“Mereka tidak alih sokongan kepada Muhyiddin dengan percuma. Semuanya mengharapkan balasan,” kata sumber dalam kerajaan, sambil menambah Muhyiddin tidak akan berdepan masalah dengan ahli Parlimen dari PAS.

“PAS akhirnya menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan. Ini sahaja satu pencapaian besar bagi mereka.

Selain daripada isu Kabinet, Muhyiddin perlu mencari peguam negara baharu selepas Tommy Thomas meletak jawatan pada Jumaat lalu. Ini penting kerana ini akan menentukan sama ada pertuduhan ke atas ahli Parlimen Umno akan diteruskan atau tidak.

Perdana menteri yang memulakan tugasnya semalam bertemu ketua polis negara dan panglima angkatan tentera, dan akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan kerajaan pada minggu ini.

Dalam ucapan khasnya semalam, Muhyiddin berikrar akan memberi keutamaan kepada mengutamakan integriti, tadbir urus yang baik, pendidikan, penjagaan kesihatan dan menangani isu kos sara hidup.

Beliau turut memberi jaminan akan meneruskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dimulakan oleh Pakatan Harapan untuk melonjakkan ekonomi negara dan merapatkan jurang pendapatan rakyat. – 3 Mac, 2020.


UNTUK STABIL

SENANG AJE

KAH KAH KAH

YANG WAJIB

BERHIJRAH

KE SUNGAI BULUH

WAJIB TERUS

DIHANTAR KE

SUNGAI BULUH

KAH KAH KAH

JANGAN HEEK 

JANGAN HOOK

AMIN KHALAS

------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tengok astro awani mlm ni,TT nak umumkan najib dan rosmah dah bersih ������

Tanpa Nama berkata...

Isham, Lu Masih nak kelentong gwa? Cukup lah, gwa dah serik dengar putar belit Lu.

Pak Aji berkata...

Bagi Can Tok Tok Lebai pulak pegang jawatan jawatan penting. Nak tengok jugak macam mana tok tok lebai bersilat. Kah Kah Kah

yeop_sepet berkata...

Mcm ceta pirate of carribean,berebut nak jadi kapten kapal.tgh2 berlayar kapal bocor la,bergaduh anal kapal la.. Kit rilek je tgk depa bwrgaduh lak. Nak mai parlimen pun tk bran, pa ceta.hang kata hang terar,pirahh.. Depa ingat depa dah menang dgn tun,tp depa lupa kalu kapten lanun tun ibarat kapten jack sparrow. Tun dah ada plan, pistol koboi tun penuh peluru tak guna lg.

Tanpa Nama berkata...

tips utk muyidin pilih imam dalam kapal lanun senang jer. guna teori dan model tukartiub: pilih yg tak main bontot atau suka julur pisang. lain2 kesalahan mcm mencuri harta rakyat, bunuh, rogol amah dan dan dan tu abaikan jer. senang kan?