Ahad, 29 Mac 2020

MEREBAK LUAS KE AFRIKA




MEREBAK LUAS

KE AFRIKA


New Zealand dan Mali catat kes kematian Covid-19 pertama

SEORANG wanita berusia 70-an menjadi korban pertama Covid-19 di New Zealand, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Ashley Bloomfield berkata mangsa meninggal dunia di Hospital Greymouth pada Ahad. Wanita itu diuji positif Covid-19 pada Jumaat. 

New Zealand mencatatkan 60 kes baharu dan tiga kes disyaki pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 514.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Mali turut mengesahkan kematian pertama akibat Covid-19.

Mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Mali sehingga kini mencatatkan 19 kes jangkitan. – Bernama, 29 Mac, 2020.


SILA PATUHI

ARAHAN UNTUK

KESELAMATAN

KITA BERSAMA
------------

Tiada ulasan: