Ahad, 19 April 2020

ADA LAGI KLUSTER





ADA LAGI

KLUSTER

ERTINYA JANGAN

BERKUMPUL


KKM kesan kluster baharu 43 pelajar dari Indonesia 

SERAMAI 43 orang pelajar yang baru pulang dari Indonesia merupakan antara 84 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata kumpulan pelajar itu pulang pada 16 April dari Temboro, Magetan, salah satu daerah diisytihar sebagai zon merah di Indonesia.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan orang di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia menjadikan jumlah kes aktif setakat ini 2,103 daripada keseluruhan 5,389 kes.

Seramai 46 daripada kini dirawat di unit rawatan rapi dan 26 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, kata Dr Noor Hisham.

Beliau juga mengumumkan seorang lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah korban 89 orang.

Satu-satunya kes baharu yang daripada kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikesan dari Menara City One di Kuala Lumpur.

Tiada kes baharu dikesan dari kawasan lain bawah PKPD.

Kluster besar perhimpunan tabligh Seri Petaling juga merekod empat lagi kes positif, menjadikan keseluruhan 1,950 kes dari kluster itu.

Empat kes lagi dikesan di Tumpat dan Kuantan dari kluster pesakit daripada Bali, Indonesia, tiga daripada kluster petugas kesihatan di Kuching dan satu kes dari kluster kejuruteraan di Pahang.

Tiada jangkitan baharu diumumkan dari kluster lain. – 19 April, 2020.

SESAMA

BERHATI HATI

Tiada ulasan: