Khamis, 23 April 2020

AWAS WATAK BARU KOBID




AWAS 

INI WATAK

BARU KOBID


5 kes pulih di Sabah dikesan kembali positif, kata laporan


LIMA pesakit Covid-19 yang dilaporkan pulih di Sandakan dan Kinabatangan, di Sabah tiga hari lalu didapati masih dijangkiti pandemik itu semasa ujian susulan semalam, lapor The Star.

Mereka adalah antara keseluruhan 35 pesakit yang disahkan sembuh oleh jabatan kesihatan negeri pada 18 April lalu, masing-masing 19 di Sandakan dan 16 di Kinabatangan.

Mereka yang didapati masih dijangkiti masing-masing dua di Sandakan dan tiga di Kinabatangan, kata laporan itu.

Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi dipetik berkata kelima-lima pesakit itu awalnya dianggap pulih selepas dua ujian ke atas mereka menunjukkan negatif Covid-19.

“Mereka akan dirawat sehingga pulih sepenuhnya,” katanya, seperti dipetik oleh The Star.

Setakat tengah hari semalam, Sabah mempunyai 308 kes positif Covid-19, dengan 118 masih menjalani rawatan. – 21 April, 2020.

 JAGA JAGA

DAN WASPADA

WATAK BARU 

MEREBAK LAGI

IKUT ARAHAN PKP



1 ulasan:

hamim berkata...

TT, ada watak yang hampir sama watak baru kobid, watak tu dah tersungkur dalam PRU14 lalu, tetapi dia terus menyerang cuba menagih simpati, dia cuba mengelirukan rakyat sampai ada yang memuja, mengekori kemana dia pergi malah ramai yang terpesona hingga menjadikan watak tersebut sebagai bossssss