BERKHALWAT
BERPUASA
AMALAN BAIK
AMAT SPIRITUL
Lanjutkan tempoh PKP hingga lepas Aidilftri, kata pakar
PENGAMAL perubatan menggesa kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Perintah itu ditetapkan hingga 14 April tetapi Putrajaya dijangka membuat pengumuman berkenaan perkara itu esok.
Akademi Perubatan Malaysia berkata adalah lebih baik jika kerajaan melanjutkan tempoh PKP bagi mengelak jangkitan berlaku ketika rakyat pulang ke kampung beramai-ramai.
Ia memberi amaran keadaan akan bertambah teruk, terutama bagi golongan warga emas.
“Penamatan sekatan PKP pada masa ini berpotensi untuk menyebabkan hasil yang baik berjaya dicapai sepanjang arahan duduk di rumah sepanjang empat minggu lalu, jadi hanya sia-sia.
“Perang terhadap Covid-19 lama lagi akan berakhir – banyak lagi pengorbanan akan terpaksa terus dibuat tahun ini,” kata akademi itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu penjarakan sosial dan sekatan pergerakan mula menjadi perkara rutin yang baharu pada masa ini.
“Tingkah laku bertanggungjawab dengan mematuhi langkah penjarakan sosial perlu dilakukan oleh semua orang hingga vaksin dapat dihasilkan.
“Bagi tahun ini sekurang-kurangnya, sama ada Ramadan, Aidilfitri atau Raya Haji sekalipun, perjumpaan sempena sambutan itu perlu ada kawalan, pemantauan dan kemungkinan semua larangan untuk semua perhimpunan,” kata akademi itu. – 9 April, 2020.
SATU LAGI
PERJALANAN
HIDUP
SATU LAGI
PENGALAMAN
UNTUK DIRAKAM
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan