Jumaat, 3 April 2020

MAKLUMAT TERBARU





MAKLUMAT

TERBARU 


China lapor 1,300 kes Covid-19 tanpa gejala

CHINA hari ini melaporkan 1,300 kes Covid-19 tanpa gejala (asimptomatik), susulan kebimbangan orang ramai terhadap individu yang dijangkiti virus itu tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala.

Pegawai kesihatan juga melaporkan kes import pertama dari luar China di Wuhan, bandar di Hubei di mana tercetusnya virus Covid-19 pada Disember lalu. Pihak berkuasa China bimbang kes import akan meningkatkan semula jangkitan di republik itu.

Daripada 36 kes import yang dilaporkan hari ini, 35 dari luar negara.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) berkata seramai 1,367 pesakit asimptomatik diletakkan di bawah pemantauan kesihatan. 

Semalam, NHC mengumumkan akan mengeluarkan data harian mengenai kes asimptomatik.

NHC menerima banyak panggilan dari orang ramai yang menggesa kerajaan mengeluarkan bilangan kes asimptomatik selepas pihak berkuasa pada hujung minggu lalu mendedahkan seorang wanita di wilayah Henan merupakan kontak rapat kepada tiga kes asimptomatik.

Bagaimanapun, kes-kes asimptomatik tidak diumumkan secara rasmi melainkan terdapat gejala klinikal. Latar belakang mereka yang dijangkiti tetapi tidak menunjukkan gejala juga tidak didedahkan.

Beijing telah mengumumkan beberapa langkah drastik bagi menyekat pintu masuk kepada warga asing dan mengawal kes-kes import, termasuk menyukat suhu badan rakyat tempatan yang tiba dari luar negara.

Kerajaan China berkata semua pesakit asimptomatik dan kontak rapat mesti menjalani kuarantin selama 14 hari.

Pakar kesihatan juga berkata pesakit asimptomatik akan menjagkiti orang lain. Pakar epidemiologi, Zhong Nanshan berkata mereka yang asimptomatik berpotensi menjangkiti purata 3 kepada 3.5 orang dengan Covid-19. – AFP, 1 April, 2020.


KITA SEMUA

PERLU WASPADA


-------------

Tiada ulasan: