Sabtu, 9 Mei 2020

DALAM BAHAYA COBID19 ADA BAHAYA MAY18







DALAM BAHAYA

MAT KOBID

ADA BAHAYA

MEI 19 /2020


Pusat beli-belah Cheras ditutup untuk saringan Covid-19


Rembau kembali zon merah Covid-19 dengan 59 kes



REMBAU diwartakan semula sebagai kawasan zon merah selepas merekodkan beberapa kes baharu Covid-19 yang menyebabkan peningkatan kepada 59 kes, menurut Kementerian Kesihatan.

Setakat tengah hari semalam, daerah berkenaan hanya merekodkan 7 kes aktif. Bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 59.

Sementara itu, jumlah kumulatif kes yang dilaporkan bagi daerah di Negeri Sembilan turut meningkat daripada 61 kepada 113.

Semalam, Kementerian Kesihatan mendedahkan 60 kes Covid-19 dikesan daripada kluster melibatkan pekerja asing di Pedas, Negeri Sembilan.


Pada 21 April, Rembau menjadi daerah pertama yang bebas daripada jangkitan.

Jumlah zon merah turut meningkat daripada 10 kepada 11, manakala zon kuning dan zon hijau masing-masing kekal pada 77 dan 113.

Zon merah dikategorikan bagi kawasan yang merekodkan lebih 41 kes, zon jingga (20 hingga 40 kes), zon kuning (satu hingga 19 kes) dan zon hijau (tiada kes).

68 kes dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di seluruh negara 6,535.

Sementara jumlah kematian kekal 107. – 9 Mei, 2020



AWAS

1 ulasan:

HALIMI MN berkata...

Wa tabik lu punya prediksi bersandarkan atas aksi dan reaksi persekitaran yg sedang berlaku. Telah ada bukti seperti SD yg lalu kan. Teruskan bro. Wa cayalah.