Khamis, 21 Mei 2020

HOTEL BANYAK TUTUP JUAL KUPANG









PELANCUNGAN

PALING NAZAK

DISERANG KOBID




Lebih 20 hotel termasuk lima bintang gulung tikar

KUALA LUMPUR – Dianggarkan lebih 20 hotel sekitar Lembah Klang sudah menutup operasi kesan daripada krisis pandemik Covid-19 yang mengancam dunia sejak Disember tahun lalu.

Hotel bertaraf lima bintang hingga kepada hotel bajet terjejas teruk sejak industri pelancongan ‘dibekukan’ sepanjang tempoh krisis.

Presiden Persatuan Usahawan Hotel dan Homestay Malaysia, Ahmad Yusri Abdullah berkata, dijangkakan banyak lagi hotel akan “menyerah kalah” jika krisis ini tidak dapat ditangani sehingga hujung tahun nanti.

Pihaknya dimaklumkan ramai staf hotel diberhentikan kerja, diberi cuti tanpa gaji atau skim pemberhentian awal.

“Ibarat kanser tahap empat, begitulah nasib industri perhotelan ketika ini.

“Ramai pemilik hotel tidak lagi mampu bertahan malah ada di antara mereka yang mula menjual premis bagaimanapun tiada pembeli berikutan industri ini dilihat tidak menguntungkan ketika wabak melanda.

“Malah bantuan prihatin yang disediakan kerajaan untuk industri ini tidak mendapat maklum balas yang positif dan memberangsangkan setakat ini,” katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.

Dalam pada itu, beliau berkata, di negara ini terdapat lebih kurang 1,000 hotel bertaraf antara tiga hingga lima bintang, dan ribuan hotel bajet yang berdaftar dengan MOTAC.

“Teras utama industri pelancongan dan perhotelan adalah kepercayaan, tanpa itu ia tidak boleh bertahan lama.

“Aktiviti perhimpunan seperti mesyuarat, kongres, konferen, majlis perkahwinan menjadi penyumbang kepada industri hotel bagaimanapun semua aktiviti itu dilarang ketika ini.

“Mereka yang terjejas daripada industri ini terpaksa bertukar bidang yang lebih sesuai seperti sektor makanan, keperluan asas atau perkhidmatan untuk meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya.

Tambah Ahmad Yusri, industri pelancongan dan perhotelan juga menjadi penyumbang kepada ekonomi negara kerana ia industri mudah tidak perlu bahan mentah atau sebarang pemprosesan untuk ia beroperasi.

“Melihat kepada kesan ekonomi, beberapa negara seperti Jepun dan Korea sudah membuka semula industri pelancongan dan perhotelan secara bersyarat dan mengikut Prosidur Operasi Standard( SOP) yang wajar dipatuhi.

“Bagaimanapun bukan mudah untuk dapatkan kepercayaan dan hilangkan fobia orang terhadap pandemik ini sama seperti trauma lepas berlakunya bencana tsunami atau perang yang meragut nyawa ramai,” katanya. – MalaysiaGazette

AWAS

BERSEDIA

PERNIAGAAN

LENDIR AKAN

MEREBAK 

TT TIMBULKAN

BUKAN KERANA

MORAL  TAPI

KERNA EKONOMI

KUCAR KACIR

NAK HIDUP 

TULANG 

EMPAT KERAT

TAKDA PEMBELI

MAKA JUAL

DAGING 

TERSEPIT

AMIN

Tiada ulasan: