Isnin, 18 Mei 2020

HOTEL DITUTUP




PELANCUNGAN

INDUSTRI PALING

TEROK DIBAHAM

KOBID


50% hotel ditutup kerana Covid-19, kata kumpulan industri

TINJAUAN terhadap 324 hotel di Malaysia mendapati kira-kira separuh daripadanya akan ditutup sama ada secara kekal atau sementara susulan wabak Covid-19, kata kumpulan pengusaha hotel negara.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata tinjauan yang dibuat pada April menunjukkan trend membimbangkan dengan hotel membuat keputusan menutup operasi berdasarkan unjuran kadar penghuni yang rendah akan terus merugikan mereka sepanjang tahun ini.

“Tinjauan yang dilakukan pada 16 April menunjukkan trend membimbangkan di mana 15% hotel berhasrat untuk terus menghentikan operasi sementara 35% lagi ditutup untuk sementara.

“Sebahagian besar akan ditutup buat sementara waktu sehingga tamat perintah kawalan pergerakan (PKP) sementara yang lain sehingga Disember 2020 atau sehingga vaksin ditemukan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAH Yap Lip Seng.


PETANDA AWAL

KRISIS EKONOMI

YANG AKAN

MELEDAK

Tiada ulasan: