Sabtu, 30 Mei 2020

LANGKAH MADEY JULAI INI





 LANGKAH JULAI

LANGKAH 

TITANIUM

LANGKAH

MADEY

ADAKAH AKAN

BERJAYA?


Satu lagi “kejadian besar”?

KUALA LUMPUR – Drama politik Malaysia semakin hangat dengan satu lagi “kejadian besar” dikhabarkan akan berlaku pada Julai.

Sinchew Daily melaporkan, bekas Perdana Menteri,  Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, dan beliau hanya memerlukan tiga kerusi untuk mencapai hasrat itu.

Sudah ada desas-desus mengenai kejayaan Dr. Mahathir menambat hati tiga wakil rakyat yang diperlukan, malahan tiga penyokong itu dikatakan berstatus menteri dan timbalan menteri.

“Wakil rakyat ini tidak berpuas hati kerana Perikatan Nasional kekurangan hala tuju politik dan tidak menegaskan kerajaan yang bersih,” kata sumber.

Difahamkan, Dr. Mahathir sedang berbincang dengan Presiden Warisan, Shafie Apdal, termasuk mempertimbangkan Ketua Menteri Sabah tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya merampas semula kuasa pentadbiran negara.

“Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,” kata sumber lagi.

Menurutnya, sokongan terhadap Dr. Mahathir telah mencapai 112 yang diperlukan kerana selain 92 kerusi Pakatan Harapan, beliau turut mendapat sokongan lima penyokong daripada Bersatu, Warisan (sembilan), UPKO (satu), selain sokongan Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau di Sarawak serta tambahan tiga orang baharu.

Katanya, Dr. Mahathir pada masa yang sama juga berusaha menarik lebih banyak wakil rakyat untuk menyokongnya.

Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir juga perlu mendapat sokongan Anwar termasuk perlu bertoleransi dalam hal tertentu.

“Dr. Mahathir tidak boleh menukar kerajaan tanpa sokongan Anwar,” katanya. – MalaysiaGazette


APAKAH ANWAR

AKAN SAILANG

KACAU DAUN

SEKALI LAGI

AMANAH DAP

KENA KENCING

SEKALI LAGI

KITA LIHAT 

DAN NANTI

AMIN

10 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kata Madey Kuttee dia dah ada 129 kerusi ..apasal nak carik 3 kerusi pulak ..ni dah lain macam bunyiknye.

Tanpa Nama berkata...

apa rakyat nak?
kenapa susah sangat nak paham?
rakyat nak pemimpin bersih, tidak rasuah, ada integriti, ada tokoh, tidak sondol, tidak tarik, tidak tolak umpama perfect lah, kena semua betul, Malaysia dukacita yang ada tikam, khianat, sondol, rogol, picit semua lengkap belum kira penyamun pencuri gelar diri bossku, samun setiap masa, tak ada maruah langsung,orang panggil pencuri pun buat bodoh selamba je, kah kah kah lepas guna agama bangsa last sekali negara kah kah mampooossss woit

Tanpa Nama berkata...

Alaa langkah titanium konon. Ko belum tahu lg penangan langkah carbon fibre Muidin. Bersepai

Tanpa Nama berkata...

Lagi sekali Anwar akan kacau daun. Bila atuk dapat nombor dia akan klim dia pun ada,dan lebih dua nombor dari atok mcm masa Sheraton. Abam mana reti tukar tektik.tu sebab masa atok jadi abah dulu,umpan kes anak ikan je mengelupur panggil bapak ku bapak ku bapak ku.its never about politics, tapi nak sedarkan tok shekh,tolong la jangan lawan tokay.pijak lah bumi nyata,diam dan bekerjalah.

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah usul undi tak percaya oleh madey pada PM jadi ke? malikul sembab mesti cari jalan cantas. malikul sembab mesti lagi cerdik. jgn bimbang, think tank sheraton akan bantu selesaikan masalah PM. amiin

Tanpa Nama berkata...

usul undi tak percaya pada PM akan berjaya. madey akan terus jadi PM, selepas sidang apec madey serah jawatan PM pada abam. boleh la buat langkah sheraton 2.0 pulak kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

alaa apa susah. lanjutkan PKP hingga disember, gunakan kobid sebagai alasan. settle masalah. apa sangat laa serangan madey kerala tuu, kecik pnya hal lah. nak lagi gempak buat perintah berkurung terus. itu pun geng sheraton tak boleh pikir ke? kahkahkah bingai.

Tanpa Nama berkata...

Ini kali klu abey dok matiy tenggeley, abey kompom mati terapung daley poletik...

yeop_sepet berkata...

DAP amanah mesti dan wajib tau Atok dgn shapie dah jadi king maker. Depa kene setuju by hook or by crook. Abg mat ckp xde hal jadik pembangkang balik tp bila jadik sungguh,apa rasanya abg mat? Takkan nak tipu diri sndri kata ok,jadik pembangkang bule ubah apa,menyalak kt bukit ada la. Abg mat kene pkir skit,its better to loose some power than rather to loose all. Bior kuasa dalam gapaian tangan kita drp berada di tngan org lain. TT kene convince depa2 nie,depa fakin idiot bukan leh harap nnti kene kencing lg dgn nuar.

Tanpa Nama berkata...

Perangai macam pelaq