Selasa, 19 Mei 2020

SOKONG UNDI TAK PERCAYA





UNDI TAK CAYA

AKAN PASTIKAN

NAJIB MASUK 

PENJARA


Tun M jelaskan usul undi tak percaya kerana Muhyiddin kerjasama dengan Najib

PUTRAJAYA – Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri adalah kerana Muhyiddin Yassin membuat keputusan menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional tanpa restu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara itu dijelaskan oleh  Dr Mahathir Mohamad yang berulang kali menyebut bahawa Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan kleptokrat yang diterajui  Najib .

Katanya, amat malang apabila individu yang bersetuju dengan matlamat Bersatu itu kini bekerjasama dengan parti yang telah dijatuhkan oleh Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berulang kali menyebut nama Najib yang disifatkan sebagai pencuri dan kleptokrat, justeru keputusan Muhyiddin membawa keluar Bersatu dari PH dan bersama-sama PN bukan sahaja tidak pernah mendapat restu parti malah beliau tidak pernah merujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Hari ini diisytiharkan Bersatu sudah jadi PN, UMNO kata tidak ada parti PN. Tapi Muhyiddin Yassin telah sertai PN tanpa kelulusan Majlis Tertinggi Bersatu.

“Ini bertentangan dengan dasar perlembagaan parti. Nampak Bersatu telah diambil alih oleh Muhyiddin Yassin tanpa perlu rujuk kepada badan berkuasa dalam Bersatu.

“Ini masalah yang dihadapi Bersatu,” katanya dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) hari ini.

Dr Mahathir turut menarik perhatian mengenai kedudukan Bersatu yang menurut beliau masih sebahagian dalam gabungan PH bertentang dengan apa yang diumumkan Muhyiddin selama ini.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan MPT parti itu untuk keluar PH dan sebaliknya hanyalah diperingkat cadangan.

“Apa yang dilakukan Muhyiddin sebagai Presiden tidak melalui proses biasa (umum keluar parti), pertama MPT tidak pernah buat keputusan kepuar daripada PH

“Sepertimana kita semua tahu, dalam rakaman audio Muhyiddin beri masa satu minggu kepada kepada saya untuk buat keputusan tapi sebelum genap satu minggu dia sudah ambil tindakan tidak ada lagi dalam PH, ini bertentangan dengan perlembagaan parti.

Malah Muhyiddin juga didakwa membuat kenyataan bertentangan terhadap pemimpin UMNO semasa sama-sama menubuhkan Bersatu.

“Hari ini dia buat keputusan kerjasama dengan Najib , itulah cara yang dilakukan Muhyiddin yang menyedihkan kami, dari awal kita tubuh PPBM untuk nak jatuhkan kerajaan Najib,” katanya lagi. -MalaysiaGazette


MUHYIDIN TAKDA

PILIHAN 

UNTUK SELAMAT

NAJIB ROSMAH

WAJIB

MASUK PENJARA

TAPI AWAS

ADA PROJEK

NAK GAGALKAN

SEMUA INI

PROJEK SAPA?

SABAR KARO

KHALAS

Tiada ulasan: