CHIN TONG
ORANG BAIK
TAPI DIA TAK
FAHAM ANWAR
KAH KAH KAH
KINI ANWAR
BERJUANG
BUKAN
KERANA NEGARA
ATAU RAKYAT
TAPI KERANA
NAK JADI PM
Anwar-Dr Mahathir perlu bekerjasama lawan 'musuh', kata Chin Tong
PENTING bagi Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad untuk bergabung semula kerana lawan mereka lebih besar, kata pakar strategi DAP, Liew Chin Tong.
“Kami memerlukan keduanya kerana ada lawan yang lebih besar iaitu Muhyiddin Yassin dan Najib Razak. Dengan lawan yang lebih besar, Pakatan (Harapan) memerlukan Anwar dan Dr Mahathir,” kata bekas timbalan menteri pertahanan itu pada webinar malam tadi.
Liew, bekas ahli Parlimen dua penggal, menjawab pertanyaan mengenai apakah Dr Mahathir masih relevan dengan usianya yang kini sudah menjangkau 94 tahun.
Mengenai apakah, Anwar dan Dr Mahathir boleh berdamai selepas laporan mendakwa kedua-duanya tidak mahu bertemu satu sama lain, Liew berkata beliau menaruh harapan.
“Saya harap kita dapat mencari jalan untuk bergerak ke depan dan menyedari Anwar dan Dr Mahathir saling memerlukan untuk meneruskannya.
“Saya harap kedua-duanya menyedari mereka bukan musuh.”
Anwar dan Dr Mahathir mempunyai sejarah yang panjang sebagai pesaing dan kolaborator, katanya.
“Pada 1969, Anwar mengedarkan surat Dr Mahathir mengenai keadaan orang Melayu. Selama bertahun-tahun, mereka bersatu dan berselisih faham. Pada masa ini, kita mesti menguruskan perbezaan untuk berdepan lawan utama.
“Ada perselisihan faham tetapi pertimbangan wajar akan timbul apabila kita faham apa yang dipertaruhkan.”
Presiden Bersatu Muhyiddin menggantikan ketuanya Dr Mahathir sebagai perdana menteri berikutan peletakan jawatannya pada akhir Februari.
Muhyiddin menarik Bersatu keluar daripada PH untuk menjalin pakatan dengan GPS, Umno, dan pakatan pemerintah Sarawak.
Sejak kejatuhan PH, Dr Mahathir dan Anwar tidak pernah dilihat di khalayak ramai dan kedua-duanya kelihatan saling mngelak pada sidang media yang dianjurkan atas nama pakatan. – 9 Jun, 2020.
ANWAR TAK
MAHU SEDAR
BAHAWA RAMAI
TAK SUKA DIA
JADI PM
SABAH SARAWAK
ABANG JO
SHAFIE AFDAL
PAS UMNO
BERSATU
MALAH DALAM
PKR DAP DAN
AMANAH PUN
ADA YANG
TAKKAN SOKONG
ANWAR
KHALAS
TANPA
ANWAR MAKA
MANDAT RAKYAT
DIKEMBALIKAN
KHALAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan