Selasa, 23 Jun 2020

MADEY TOLAK ANWAR






MADEY TOLAK

ANWAR BUKAN

SATU YG BARU

Ditolak PKR, Dr Mahathir kerjasama dengan DAP, Amanah

DR Mahathir Mohamad berkata beliau akan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) Plus tetapi terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah, selepas PKR menolak cadangan mencalonkan beliau sebagai perdana menteri.

“Saya tidak akan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana dia tidak mahu bekerja dengan saya. Saya perlu cari cara lain untuk jadi perdana menteri. Mungkin ada cara lain,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sin Chew Daily hari ini.

Negarawan berusia 94 tahun itu berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada beliau akan bekerjasama dengan Anwar selepas PKR menolah cadangan PH Plus untuk menjadikan Dr Mahathir calon perdana menteri.


Selain DAP dan Amanah, Warisan dan ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Dr Mahathir juga mahu bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu sekali lagi mengetuai mereka.

Dr Mahathir berkata beliau sanggup keluar daripada PH tetapi akan terus bersama DAP dan Amanah.

“Mereka sudah lama menjadi parti pembangkang. Mereka cuba menang pada 2008 dan 2013 sebelum saya menyertai mereka, tetapi mereka kalah dan tidak boleh menang. Jadi, pada PRU14 saya sertai mereka.

“Mereka tahu mereka perlukan undi Melayu untuk menang, dan mereka fikir saya boleh bawa undi Melayu kerana parti utama ialah parti Melayu dan yang lain parti pelbagai kaum. Melayu tidak akan sokong parti majmuk,” katanya dalam temu bual itu. – 23 Jun, 2020.


DARI AWAL

TAHUN 1998  

MADEY DAH

TOLAK ANWAR

JANGAN LUPA

KAH KAH KAH

1 ulasan:

yeop_sepet berkata...

Yak yak yea. Tp adakah khalid samad ok?? Lid,hang jgn carik pasei lagi.