Jumaat, 5 Jun 2020

MENUNGGU JULAI





28 JULAI 2020

JAM 10 PAGI

NAJIB BERSALAH

MUHYIDIN

SELAMAT


Keputusan kes Najib dituduh seleweng dana SRC International 28 Julai

KEPUTUSAN sama ada bekas perdana menteri Najib Razak akan disabitkan atau dilepaskan daripada tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd akan diketahui pada 28 Julai.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pembelaan selama lima hari sejak Isnin.

Beliau berkata kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan bertulis yang panjang lebar dan terperinci, berjumlah 2,000 muka surat, untuk membantu mahkamah dalam memastikan dan menilai, serta menentukan, sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

“Saya mahu menyampaikan keputusan muktamad saya terhadap tujuh pertuduhan itu pada bulan depan, pada 28 Julai, 10 pagi,” katanya.

Pendakwa Raya yang dilantik V.Sithambaram mengetuai pasukan pendakwaan, manakala peguam Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan peguam bela Najib, 67.

Najib, yang menjadi perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, ialah ketua negara Malaysia yang pertama dihadapkan ke mahkamah.

Perbicaraan bermula 3 April tahun lepas, dengan pihak pendakwaan memanggil 57 saksi untuk memberi keterangan.

Dalam  perbicaraan itu, pihak pendakwaan mengemukakan lebih 750 eksibit atau barang kes termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank Najib, dokumen transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan di Blackberry Messenger berhubung transaksi akaun Najib. 

Saksi berkenaan termasuk Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 40; bekas CEO Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Azian Mohd Noh, 66; Ismee Ismail, 54, bekas anggota lembaga pengarah SRC; dan pengarah bukan eksekutif SRC Suboh Md Yassin, 68.

Lainnya bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, 67; bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping, 48; bekas Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah, 67; dan pegawai penyiasat Rosli Husain, 54. – Bernama, 4 Jun, 2020.


LEPAS DIDAPATI

BERSALAH NAJIB

AKAN RAYU

TAPI YG PENTING

DIDAPATI

BERSALAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alaa..apa susah sakai oii. Kalau najib lepas tak bersalah, kau divert la cakap ni semua salah abam. Katakan abam dah kawtim dgn amarikaaa kakahkahkah bingai.