Ahad, 28 Jun 2020

PILIHAN BARU UNTUK MALAYSIA




SATU PILIHAN

TERBAIK 

UNTUK 

KALIMANTAN 


Sokong Shafie jadi PM, gesa DAP Sabah kepada ahli Parlimen dari Borneo


SEMUA ahli Parlimen Sabah dan Sarawak patut menyokong cadangan mengangkat presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri, kata DAP Sabah.

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan Shafie dicadangkan sebagai calon perdana menteri dalam perbincangan tidak formal kumpulannya bersama Amanah, DAP, dan Warisan, pada Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan menyambut pengumuman itu, DAP Sabah berkata seorang perdana menteri dari Sabah atau Sarawak akan dapat membantu menyelesaikan pelbagai isu tertunggak melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 dan pembangunan.

“Kami dengan ini menggesa semua ahli Parlimen dari Malaysia Timur memberi sokongan kepada Shafie untuk mencipta sejarah Malaysia, perdana menteri Malaysia yang pertama dari timur,” kata mereka.

Pemimpin DAP Sabah menjelaskan sokongan ahli Parlimen PBS, Star, dan PBRS di Sabah, serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap Shafie akan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di dua wilayah itu.

“Kami percaya tiada cara lain yang lebih baik untuk memastikan hak Sabah dan Sarawak dikembalikan sewajarnya dan dipertahankan selain daripada melalui seorang perdana menteri dari Malaysia Timur,” tambah mereka.

Mereka melihat dengan Shafie sebagai perdana menteri, Sabah dan Sarawak “boleh menyelam sambil minum air”, iaitu dengan Malaysia Timur menerajui polisi di peringkat persekutuan dan mengembalikan hak negeri.

Tiga parti dari Sabah yang kini bersama Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempunyai seorang ahli Parlimen. Parti Bersatu Rakyat Sabah adalah juga komponen Barisan Nasional (BN).

GPS pula mempunyai 18 ahli Parlimen, menjadikannya blok penentu antara PN dan Pakatan Harapan (PH) yang masing-masing tidak dapat mencecah minimum 112 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan bersendiri.

PH pada masa ini mempunyai 91 kerusi (DAP 42, PKR 38, Amanah 11) dan mendapat sokongan Parti Sarawak Bersatu (2), Warisan (9), Upko (1) dan lima ahli Parlimen yang “dipecat” dari Bersatu, termasuk Dr Mahathir.

Dalam kenyataannya, Dr Mahathir berkata Shafie adalah calon perdana menteri yang wajar kerana beliau pemimpin asal yang menentang kerajaan kleptokrasi dan menjadi mangsa Najib Razak kerana membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, cadangan itu dibincangkan dalam pertemuan tidak rasmi pemimpin Amanah, DAP, dan Warisan bersama kumpulan penyokongnya di Kuala Lumpur, pada Khamis. PKR tidak menyertai mesyuarat itu.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berikutnya menjelaskan cadangan itu “satu opsyen baharu”, selepas PH selepas ini gagal memuktamadkan calon perdana menteri mereka.

Kata mereka, cadangan itu perlu disahkan terlebih dahulu pada peringkat Amanah dan DAP sebelum diangkat untuk persetujuan Majlis Presiden PH.

Dalam pada itu, DAP Sabah berharap jawatankuasa tertinggi DAP akan memberikan pertimbangan serius dan wajar terhadap cadangan mengangkat Shafie jadi perdana menteri. – 27 Jun, 2020.


IDEA AMAT

MENARIK SEGAR

BARU BUKAN

IDEA 

PUTAR ALAM

AMIN

Tiada ulasan: