Rabu, 17 Jun 2020

PRU15 SAMPAI







WAJIB SAMPAI

SEBELUM 

28 JULAI 2020

Umno bincang kemungkinan pilihan raya mengejut, kata Annuar Musa

MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi ada menyentuh kemungkinan pilihan raya umum diadakan lebih awal pada tahun ini, namun ia tidak dibincangkan secara khusus, kata anggotanya Annuar Musa.

Perbincangan itu juga tidak sampai ke peringkat soal pengagihan kerusi kerana pilihan raya lebih awal itu pun masih spekulasi, katanya.

“Ada bincang secara umum tentang cakap-cakap kemungkinan nak adakan pilihan raya mengejut tetapi itu belum lagi menjadi isu, belum berbangkit. 

“Itu semua spekulasi-spekulasi awal jadi takkan terus nak bincang bagi kerusi dah,” kata Annuar ketika ditemui selepas mesyuarat MT Umno di Kuala Lumpur, malam tadi.

Annuar menjelaskan mesyuarat malam tadi lebih membincangkan tentang usaha untuk memperkasa kedudukan Umno dan agenda parti yang menjadi teras kepada Melayu dan Islam.

“Perbincangan secara umum tentang di mana letak duduk Umno, hala tuju kita, memperkasakan kedudukan kita dan juga kita bincang tentang apakah agenda yang harus kita mainkan sebagai sebuah parti teras orang Melayu, Islam.

“Kita juga dengar pandangan-pandangan termasuk daripada penasihat Umno,” kata Annuar.

Mesyuarat lebih kurang tiga jam itu dihadiri sama oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. 

Tidak bincang Bersatu masuk Muafakat Nasional

Sementara itu, Annuar berkata MT Umno tidak membincangkan soal pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai entiti politik yang sah.

Mesyuarat juga tidak membincangkan soal penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional, katanya.

Jelas beliau isu itu mungkin akan dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional dalam masa terdekat.

Muafakat Nasional adalah nama kerjasama Umno dan PAS, yang dimeterai pada September 2019.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata, sayap parti itu bersiap sedia berhadapan sebarang kemungkinan politik yang akan berlaku, termasuk pilihan raya lebih awal.

“Bukan sahaja isu melibatkan ketidakstabilan kerajaan hari ini dalam konteks perlu bersiap sedia dengan pilihan raya umum yang boleh diadakan bila-bila masa. 

“Kita nampak kerajaan ini boleh diganggu gugat oleh Pakatan Harapan (PH) dengan berterusan memainkan sentimen keyakinan dan kepercayaan terhadap kedudukan kerajaan di bawah pimpinan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin,” katanya, kepada pemberita.

Asyraf Wajdi juga berkata, walaupun Pemuda Umno mengharapkan pilihan raya umum berlangsung pada akhir penggal, kerajaan PN hari ini tidak boleh mengelak daripada mengadakan pilihan raya umum susulan asakan berterusan daripada pembangkang.

“Kita tak boleh elak berhadapan pilihan raya umum, Pemuda Umno bersiap sedia. Bukan kerana kita nak. Kalau boleh kita nak supaya isu Covid-19 betul-betul selesai, kalau habis penggal lebih baik.

“Tapi lantaran berterusan gangguan dan desakan pembangkang, terutama PH yang tidak putus-putus dan berhenti mengganggu kestabilan kerajaan hari ini.

“Jadi akhirnya kalau ditakdirkan perdana menteri bubar (Parlimen) kerana tiada pilihan lain atau terbubar kerana undi tak percaya dan sebagainya, Pemuda Umno mula untuk menggerakan jentera kita di seluruh Malaysia,” katanya.

Akhbar The Straits Times Singapura sebelum ini melaporkan Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu sedang menimbang untuk mengadakan pilihan raya mengejut.

Laporan itu juga mendakwa parti-parti dalam PN juga bersetuju untuk bertanding di kerusi yang sama.

The Malaysian Insight minggu ini melaporkan Bersatu meminta 50 kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15. – 17 Jun, 2020.


28 JULAI 2020

HARI AKHIR

GEROMBOLAN

SELAMATKAN

NAJIB ROSMAH

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: