Khamis, 9 Julai 2020

ALL-FATIHAH







AL-FATIHAH


Selepas isteri, kini Pak Shukur pula menemui Ilahi

Tidak sampai sebulan selepas isterinya meninggal, wartawan veteran Abdul Shukur Harun pula menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi.

Menurut anaknya, Hafiz Abdul Shukur, bapanya meninggal di rumah beliau dekat Puncak Perdana, Shah Alam.
 
Penulis veteran ini meninggal ketika umurnya 82 tahun selepas 24 hari isterinya Rokiah, 83, meninggal dunia.

“Bapa meninggal dalam keadaan tangannya bersilang di dada macam orang sembahyang di rumah saya. Mungkin kerana semput dan jantung,” kata Hafiz kepada Malaysia Dateline.

Jenazah Pak Shukur dijangka akan disemadikan di tanah perkuburan USJ 22 berhampiran dengan rumahnya tengahari  ini selepas disembahyangkan di Masjid Al Raudhah kira-kira jam 11 pagi ini.

Pak Shukur meninggal dua anak, seorang perempuan dan seorang lelaki serta lima cucu.

Malaysia Dateline adalah antara pihak yang paling kehilangan dengan perginya Pak Shukur kerana beliau antara pengasas media dan kekal menjadi kolumnis dan penulisnya sehingga akhir hayat beliau.

Alfatihah untuk Pak Shukur.

Tiada ulasan: