Isnin, 13 Julai 2020

BERKHALWAT HARI 118





KHALWAT 118

PARLIMEN 

PERTAMA
SENAYAN 13/7/2020
KITA BERKHALWAT MASUK
KE HARI 118

SENAYAN INI JUGA
PERSIDANGAN PARLIMEN PERTAMA
UNTUK KERAJAAN MUHYIDDIN
AWAL DULU HANYA
PERESMIAN AGONG

ANGKA 118 INI
JIKA DIMILIKI  OLEH MUHYDDIN
MAKA KERAJAAN DIA SELAMAT
TIDAK AKAN WUJUD
UNDI TAK PERCAYA
DARI PAKATAN HARAPAN
AMIN

KUALA LUMPUR PAGI INI
MENDUNG GELAP
MACAM SUASANA POLITIK NEGARA
AWAN HITAM MELITUPI KOTA
KETIKA GUA MENULIS INI
DAH PULANG DARI HOKKIEN
HUJAN DAH TURUN
GUA TERDEGAR
GENDANG HUJAN
 MEMUKUL DEDAUN

BULAN JULAI MUSIM HUJAN ?
GUA RASA PELIK
INILAH TANDA
PEMANASAN DUNIA
MALAH KERAP GUA LAYARI
KLIP YOUTUBE TENTANG
HUJAN DI CHINA MERAH
RUMAH RUNTUH
KOTA TENGGELAM
KERETA HANYUT
WARGA  DI TELAN BANJIR

DI HOKKIEN PAGI INI
OKESTRA UNGGAS 
TAK RANCAK KERANA CUACA
MEREKA TERCIUM
BAU HUJAN YANG AKAN SAMPAI

SEPULUH EKOR GAGAK 
MELINTASI  ATAS KEPALA
GAK GAK GAK
YANG LAIN  SENYAP
 PASTI
  DISARANG KESEJUKAN

PAGI INI BILA
GUA BANGUN GUA LIHAT
TIKAR MENGKUANG
DI RUANG TAMU
TERBALIK
GUA TAKUT 
TAK TAK GIGIT MENGIGIT
TAPI BUKAN
INI AKIBAT ANGIN KUAT
BALKONI GUA TERBUKA LUAS

SEBELUM TIDUR
GUA PATUT TUTUP SEMUA PINTU
DIATAS BANTAL
KITA WAJIB TANYA DIRI
APA KELEMAHAN 
YANG BERJAYA DIATASI  
HARI INI
DAN
APA KEBAIKAN 
YANG TELAH KITA LAKUKAN
HARI INI

CAMPAKKAN  DIRI KITA
KE SARANG SAMSENG
LIHAT BAGIMANA
SAMSENG SAMSENG INI
INI MENJADI KAWAN SETIA
DALAM PERJUANGAN 

DALAM HIDUP INI
KITA MERASA TERSEKSA
KERANA IMAJINASI KITA
TENTANG KEHIDUPAN

KITA MAHU HIDUP
TAPI TAHUKAN KITA
MAKNA HAKIKI KEHIDUPAN

KITA TAKUT PADA MATI
TAPI KEHIDUPAN
TANPA MENEGAK KEBENARAN
TAKUT BERCAKAP BENAR
TAK BERANI BERSUARA
IKUT KATA ORANG
INI SAMALAH SAPERTI
DAH MATI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: