Sabtu, 25 Julai 2020

BERKHALWAT HARI KE 130







KHALWAT  130
HARI INI SABTU 25/7/2020
KITA MASUK HARI KE 130
BERKHALWAT
PKPP MUNGKIN DIPERKETAT
KERANA ADA BEBERAPA
KLUSTER MAT KOBID
BARU MUNCUL

KUALA LUMPUR PAGI INI
BERKABUS
WALAU PUN MATAHARI
DAH KELUAR

PAGI INI HOKKIEN BASAH
RUMPUT BASAH BERKABUS
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
MENYEGAR KAN UDARA

DIPINTU MASUK GUA DISAMBUT
OLEH SIMPONI OKESTRA CENGKERIK
BAGITU INDAH BUNYINYA
PASTI MEREKA BERLAGU
MERAYAKAN BUMI YANG BASAH

DARI JAUH 
GAAAAK GAAAAK GAAAK
KESAORANGAN

TETUKUR ADA
 TAPI
MUNGKIN KERANA BASAH
MAKA LAGU MEREKA
TIDAK RANCAK

AH AH
TAK TIBAU ENTAH DARI MANA
BERBUNYI KUAT

SAEKOR WAK WAK
MELINTAS TERBANG RENDAH
TAPI PALING INDAH
PAGI INI IALAH
KICAUAN MURAI
BAK KATA CLINTEAST WOOD
 ' YOU MURAI MAKE MY DAY'

AKAR UMBI
BELAJAR MENCARI ILMU
MEMANG  PAHIT
TAPI
BUAHNYA MANIS

BRO 
JAGA JAGA
HIDUP YANG KOSONG
DALAM HIDUP YANG SIBUK

SEBENARNYA BUKAN KEHIDUPAN 
YANG PENTING
TAPI BAGAIMANA KITA HIDUP
INI YANG LEBIH PENTING

LAGI BESAR MASALAH
LAGI GODANG MALAPETAKA
LAGI  CEMERLANG KEMENAGAN
JURAGAN KAPAL
DIMENEMPA NAMA
SATELAH MELINTASI
LAUTAN BERGELORA
RIBUT DAN TAUFAN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: