Khamis, 30 Julai 2020

MAKNA BERITA INI






BUNYINYA

MACAM 

TAK CAYA

MAHKAMAH

TAPI MUSTAHIL

SEMUA SUDAH

 TERBUKTI

AMIN


Peluang Najib bebas tinggi di Mahkamah Rayuan – Shafee

KUALA LUMPUR – Peluang Najib dibebaskan daripada tujuh pertuduhan jenayah berkaitan dana SRC International Sdn Bhd dilihat tinggi sekiranya dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Menurut peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ini kerana pihak pembelaan mempunyai asas yang kukuh untuk membawa kes itu ke mahkamah yang lebih tinggi.

“Kami tentu saja akan membuat rayuan kedua-dua sabitan dan juga hukuman, dan kami yakin kami mempunyai peluang baik untuk kedua-duanya,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur malam tadi.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah atas tiga pertuduhan kesalahan pengubahan wang haram, tiga pertuduhan kesalahan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana salah guna kuasa, dan masing-masing 10 tahun untuk enam kesalahan lain; yang semuanya akan dijalankan serentak, menjadikan tempoh sebenar bagi kesemua kesalahan adalah 12 tahun.

Hakim juga mengenakan denda terhadap Ahli Parlimen Pekan itu sebanyak RM210 juta kerana penyalahgunaan kuasa. – 


CAKAP CAKAP

MACAM NI

MACAM NAK

BUAT DEAL

KAH KAH KAH

BILA ADA 

GAMIN BARU

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: