INILAH TUGAS
SUCI KITA
AMIN
MENOLONG
SEMUA MEREKA
YANG SUSAH
AMIN
BUKAN SAIN
SURAT
SOKONGAN UNTUK
DAPAT KONTREK
AMIN
6 bulan akan datang lebih teruk, kata penduduk PPR
EMPAT dalam 10 keluarga berpendapatan rendah di projek perumahan rakyat (PPR) di Kuala Lumpur merasakan hidup mereka akan lebih dijerut kesempitan ekonomi dalam masa enam bulan akan datang kesan pandemik Covid-19, kata satu kajian oleh dua agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Kajian itu juga mendapati seorang dalam tiga ibu tunggal di PPR di Kuala Lumpur hilang pekerjaan semasa perintah kawalan pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan sejak Mac lalu bagi membendung penularan wabak.
Kajian oleh Tabung Kependudukan PBB (UNFPA) dan Tabung Kanak—Kanak PBB (Unicef) itu melibatkan 500 isi rumah daripada 30 keluarga di 16 rumah pangsa di Kuala Lumpur, yang dijalankan antara Mei hingga November ini.
Kajian itu bagi melihat kesan Covid-19 ke atas kedudukan kewangan dan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah, serta keberkesanan bantuan kerajaan, kata pengarah urusan DM Analytics Dr Muhammed Abdul Khalid, yang dilantik menjalankan kajian bagi pihak agensi PBB.
“Apabila ditanya kedudukan kewangan mereka untuk enam bulan akan datang, satu dalam 10 menjangkakan keadaan akan jadi lebih lebih baik.
“Empat dalam 10 mengatakan keadaan akan lebih buruk sementara 2 dalam 10 kata keadaan tidak berubah dan 3 dalam 10 kata mereka tidak pasti,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Dapatan kajian pertama yang dibuat antara akhir Mei hingga awal Jun diumumkan di Kuala Lumpur hari ini.
Kajian itu juga mendapati kadar pengangguran meningkat 25% daripada 5% yang sedia ada semasa soal selidik dijalankan, katanya. Kadar pengangguran itu lebih ketara dalam kalangan ibu tunggal, tambahnya.
“Sekiranya ketua isi rumah wanita, sebelum pandemik kadar pengangguran melibatkan mereka ialah 9% dan sekarang meningkat kepada 32%.
“Ertinya, bagi ibu tunggal, seorang dalam tiga tidak bekerja semasa pandemik,” katanya.
Kajian juga mendapati seorang dalam enam (17%) berkata pendapatan mereka hanya dapat bertahan untuk sebulan, sementara lebih separuh (52%) ketua isi rumah tidak dilindungi sama ada melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahupun Perkeso.
Kajian itu juga antara lain mendapati:
* seorang dalam empat ketua isi rumah tidak bekerja, berbanding lebih kurang seorang dalam 20 di peringkat nasional;
* hampir tiga dalam 10 ketua isi rumah mengalami pengurangan jam bekerja kerana PKP;
* hampir tiga dalam 10 isi rumah sukar mendapatkan perkhidmatan kesihatan sepanjang PKP, dengan isi rumah miskin paling terjejas.
Muhammed berkata ketua keluarga yang ditembual juga mendedahkan mereka terpaksa menggadai barangan kemas untuk membeli barangan keperluan, termasuk makanan. Selain menggadai, ada juga yang menjual barangan berharga antaranya telefon genggam.
“Satu perkataan yang kita jumpa berulang-ulang dalam kebanyakan temubual ialah “gadai”.
“Mereka yang meminjam daripada ah long (ceti haram) pun ada sebab tidak ada apa untuk digadai,” katanya.
Menurut Muhammed, mereka yang ditemubual juga berkata apa yang mereka perlukan ialah pekerjaan yang mapan dan bantuan jangka masa panjang dari kerajaan, dan bukannya bantuan sementara seperti Bantuan Prihatin Nasional.
“57% daripada ketua keluarga wanita tidak mempunyai akses kepada perlindungan sosial perkerjaan, berbanding 52% keseluruhan ketua keluarga,” kata kajian itu.
Kaji selidik itu mencadangkan agar kerajaan menyediakan kaedah keselamatan ekonomi untuk wanita, selain bantuan tunai.
Ini termasuk insentif kepada wanita dalam kumpulan B40 untuk mempunyai akses kepada internet yang stabil untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dalam talian.
Muhammed juga berkata ibu tunggal yang terlibat juga sedaya upaya cuba menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu kesan pelaksanaan PKP bagi membendung Covid-19.
“Mereka menunjukkan daya tahan yang tinggi apabila antaranya cepat beralih melakukan kerja tambahan dan berniaga dari rumah.
“Mereka juga berjimat cermat dalam berbelanja,” katanya.
Apa yang mereka mahu ialah peluang dan ruang untuk menjalankan perniagaan, serta modal untuk memulakan perniagaan, tambahnya.
Kurang akses kepada pendidikan
Mengenai pendidikan, kajian itu mendapati pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tidak mempunyai akses yang memadai kepada pendidikan sepanjang tempoh PKP.
“Seorang dalam lima tidak terlibat dengan pembelajaran dalam talian kerana tidak mempunyai peranti yang sesuai, terutamanya mesin cetak,” kata Muhammed.
Kebanyakan keluaga juga memberitahu mereka tidak mempunyai cukup peranti dan terpaksa berkongsi komputer dan telefon pintar milik ahli keluarga yang lebih dewasa, tambahnya.
“Semuanya (masalah) dengan sambungan (internet), kadang-kadang putus… kadang-kadang sambungan cikgu pun tak elok,” kata Zuraini, seorang isi rumah yang dipetik dalam laporan itu.
Kajian itu juga mendapati ibu bapa yang terlibat memberikan perhatian dan tumpuan yang tinggi kepada pendidikan anak-anak mereka, dan sekiranya mereka tidak boleh melakukannya, tugas itu diserahkan kepada anak yang paling tua. – 24 Ogos, 2020.
TUGAS KITA
BUKAN MENJAGA
MORAL
AMIN
TAPI MEMASTIKAN
KEBAJIKAN
UNTUK SEMUA
AMIN
BUKAN HANYA
BUMIPUTERA
TAPI UNTUK
ANAK SEMUA
BANGSA
YANG
MEMERLUKAN
BANTUAN
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan