Ahad, 2 Ogos 2020

KHALWAT 138





KHALWAT 138
HARI INI AHAD 2/8/2020
KITA MASUK KE HARI 138
BERKHALWAT
KORBAN  DAH SELESAI
DAGING DAH  MAKAN

KINI KITA HADAPI
DUA VIRUS
 SATU : VIRUS KARONA
DUA : VIRUS  PM
DUA DUA BUAT KACAU

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
LAMBAT SIKIT
MUNGKIN KERANA
BERAT LEMANG DAN DURIAN

KUALA LUMPUR REDUP
MATAHARI TAK NAMPAK

OKESTRA CENGERIK
SAMBUT GUA  PINTU MASUK
TANAH MASIH BASAH

POKOK ARA BISING
TAPI TAK SEBISING 
 DUA HARI DULU
MUNGKIN BUAH DAH KURANG

SEPASANG BURUNG KUNING
MELINTAS RENDAH
BURUNG INI TAK BESAR
BESAR SIKIT DARI MERBAH
TAPI
BUNYINYA CUKUP KUAT
MERAUNG
WAKTU SENJA NAK MASUK

PERTAMA KALI GUA
DENGAR SUARA
DI KEM KAMUNTING
DI BELAKANG BLOK GUA
GUA INGAT
BUNYI KUAT INI
MESTI BURUNG BESAR
GUA TAK TAHU RUPA

TUP TUP
BILA GUA SAMPAI HOKKIEN
BARU GUA TAHU
SUARA BESAR
BADAN
TAK BESAR MANA

DALAM HIDUP INI
SEMUA CAIR BERUBAH
TAK ADA APA  
YANG KERAS MEMBEKU

RASANYA 
KITA RAKYAT MALAYSIA
DAH SEDAR
KALAU KITA TAK AMBIL POT 
HAL POLITIK NEGARA
MAKA KITA AKAN 
DIPERENTAH OLEH
PENYAMUN MACAM NAJIB

SOSOK BIJAK
BERSUARA KERANA
ADA PEKARA YANG NAK
DI SUARAKAN
MAT BEBAL BERSUARA
KERANA
DIA NAK BERSUARA

ILMU PENGETAHUAN 
SEBENARNYA
IALAH MAKANAN UNTUK 
ROH DAN JIWA KITA

HIDUP INI
KALAU TIDAK DISELIDIK
LEBIH BAIK MATI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan: